~~~~Berikut adalah pelbagai elaun yang diterima oleh seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) yang
menyambung pelajaran ke peringkat Sarjana atau PhD, atau secara rasminya dinamakan sebagai Biasiswa Persekutuan Bagi Pegawai Yang Mengikuti Kursus Ijazah Lanjutan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPT) Tempatan (HLP Sepenuh Masa):

1) Elaun Sara Hidup (Sebulan) =RM9++
2) Elaun Buku (Setahun) =RM7++
3) Elaun Alat Perkakas =RM9++
4) Elaun Penempatan (Sekali) =RM2+++ (Bagi yang sudah berkeluarga)
5) Elaun Akhir Pengajian =RM9++
6) Elaun Bantuan Sewa Rumah (Sebulan) =RM2++
7) Elaun Bantuan Keluarga (Sebulan) =RM3++
8) Elaun Tesis (Sekali) =RM4+++
9) Yuran Pengajian (bergantung kepada invois dari universiti)


Teringat pula syarat-syarat kelayakan untuk memohon biasiswa ini (yang berkuatkuasa pada 1 Julai 2007 dulu):

1- Pegawai sudah disahkan jawatannya dalam perkhidmatan
2- Prestasi perkhidmatan cemerlang 3 tahun berturut-turut
3- Tahap Kecekapan Minimum dalam PTK ialah TK2

Anda pula bagaimana? Boleh? Mampu?

..Akhirnya..22 Jun 2009



Setelah 3hari dihitung~dikaji~danfikirkan..keputusan lastmint..< Akhirnye..disini menjadi pilihanku..moga ia menjadi pilihan yang tepat buat diri ini..walaupun agak menyukarkan pada awalnye tapi apekan daya ~kita hanya merancang~segalanya telah ditentukan-NYA..moga aku sentiasa menjadi hambanya yang sentiasa redha dengan segala ketentuanNYA..
Tut..tut nak dekat sebulan dah duk sini..best sangat duk kat maktab ni rupenye..walaupun keje banyak tapi enjoyla..kawan2 ramai..satu kepala plak..teringat zaman duk mesir dlu..blajar pun enjoy..lecture yang sporting..yang best petang ahad.selasa n rabu~GERKO~..huhu smua ilmu yang perlu dipelajari,yang dlu kat sekolah xpenah2 kawad pn kena kawad gak..skurang2 nanti masuk sekolah leh jagi cikgu serba guna..huhuhu.muzik pun blajar..yang best skali dapat blajar ilmu pendidikan..walaupn pengalaman jd guru tu ade tp ilmu pendidikan sangatlah penting..huhuuhu inilah dikata ketentuanNYa..ade hikmah disebalik ketentuanNYA...Moga akan jadi guru yang cemerlang..gemilang dan terbilang..~

"Segala ilmu, kemahiran dan pengalaman adalah kurniaan Allah untuk dimanfaatkan kepada orang lain. Kata Nabi: “Sebaik-baik kamu adalah orang yang paling bermanfaat untuk manusia”

..Marhaban sekolah..



....Marhaban smk seksyen3..no3 huhu bolehla..moga tahun depan johan ye..

huhuhu..hidup ini


Dah lame xjenguk blog ni..bz la katakana..setiap hari ade je benda nk dibuat..tut2 dah 5bln berada di SEMESTI..cam bru semalam je laporkan diri..macam2 kenangan ade..biasalah dalam menimba pengalaman ade cabarannya…sebuah kehidupan mesti berhadapan dengan cabaran…dan cabaran itu mengajar kita erti sebuah kehidupan yang akan mendewasakan kita dalam menangani sesuatu rintangan..

13 mei aritu interview kpli..mula isi main2 je,pastu dapat mtest pegi je..last2 dapat plak interview..compius ni!! pegi jela..macam2 gak kena tanya..huhu result master dah tau..alhamdulillah dapat sambung kat um..nak pilih yg mane ni..kawan2 kat sek suh amik kpli..yelah seramai2 gstt kat sek tu aku je dapat interview..dorang bukan main lagi nk..last2 aku!! itulah yg dikatakan takdir..huhuu..dorang cakap "ala ko amik je kpli dlu nnti sambungla..bila2 smabung pun bleh"..bagi aku,bila tu??bila lagi kalau bukan sekarang..moga Allah s.w.t memberi yang terbaik untuk hamba-Mu ini..alhamdulillah family ku bg support..

"Sesiapa yang mengutamakan akhiratnya, Allah akan memelihara urusannya dan memurahkan hatinya, sehingga dunia dan kemewahannya datang bergolek tanpa dikejar. Dan sesiapa yang mengutamakan dunianya, Allah akan memporak-perandakan urusannya serta ditampakkan kepapaan di hadapan matanya, sedangkan dunia dan kemewahannya tidak akan mendatanginya, melainkan sekadar apa yang ditentukan Tuhan saja" (Riwayat Tarmizi).

...Maka bermula lah perjuangan ku pada july ni..Moga aku akan lebih bersemangat..caiyok2..pedulikan kate orang lain yang penting niat lillahi taala..

"Derita perjuangan bukan satu bebanan tapi satu latihan.. Gundah perjuangan bukan satu ancaman tapi satu didikan.. Mehnah perjuangan bukan satu kegusaran tapi satu kekuatan..Walau seperit manapun perjalanan,pejuangan perlu diteruskan... "

Pesan buat WANITA

1) Tetaplah pada sunnah dan ikuti serta pelajarilah Sunnah rasul salallahulaihiwasalam dan fahami Islam sebenarnya.

Barangsiapa yang maksiat kepada Allah dan Rasul-Nya maka ia hanya akan mencelakakan dirinya sendiri dan tidak akan mencelakakan Allah sedikitpun. Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam bersabda:
((كُلُّ أُمَّتِي يَدْخُلُونَ الجَنَّةَ إلاَّ مَنْ أبَى ، قَالُوا : يَا رَسُولَ اللهِ وَمَنْ يَأْبَى ؟ قَالَ : مَنْ أطَاعَنِي دَخَلَ الجَنَّةَ ، وَمَنْ عَصَانِي فَقَدْ أبَى))
“Semua umatku akan masuk surga kecuali orang yang menolak” Mereka bertanya: “Ya Rasulullah! Siapakah orang yang menolak itu? Beliau menjawab: “Siapa yang taat kepadaku akan masuk surga dan siapa yang maksiat kepadaku maka ia telah menolak.” (hadith sahih riwayat bukhari)

2) Hendaklah adik-adik mempelajari ilmu-ilmu Islam sedalam-dalamnya setakat mampu dan usahlah terpedaya dengan tipuan dunia. Termasuk tipuan dunia ialah sijil-sijil dan ijazah...juga yg sepertinya...saya hairan mengapa terdapat ramai merasa gembira jika sudah menghabiskan pengajian selama 4 thn dan beroleh ijazah..? apa yg merasa gembira sangat dengan ilmu yg sekadar 4 thn ? itu belum ditolak dgn cuti, ditolak dengan malas dan belum ditolak dgn pengajian selama 4 thn hanyalah dengan menghadiri kelas, membaca nota dekat2 periksa dan lulus kemudian balik setelah beroleh ijazah ??? itukah yg dikatakan menuntut ilmu ? itukah yg dibanggakan ?
sedangkan kitab-kitab khazanah umat Islam tersimpan begitu saja tanpa disemak dan dikaji dan dibuka...
Apakah adik-adik merasa sudah puas dgn ilmu 4 thn ? terutama adik-adik yg belajar agama...adakah adik-adik merasa alim ? dgn ilmu 4 thn itu adik-adik boleh menjawab segala soal jawab agama kpd adik ? lalu berfatwa dgn hukum-hukum yg akhirnya menyesatkan orang ??? atau sekurangnya bertaqlid kpd org lain.???

3) hendaklah adik2 semua menjaga aurat dan memelihara maruah..
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalambersabda:
((سَيَكُونُ فِي آخِرِ أُمَّتِي نِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ ، عَلَى رُؤُوسِهِنَّ كَأَسْنِمَةِ البَخْتِ ، اِلْعَنُوهُنَّ فَإنَّهُنَّ مَلْعُونَاتٌ))
“Akan ada pada akhir umatku nanti wanita-wanita yang berpakaian tapi telanjang, kepala mereka bagaikan pundak (punggung) unta, laknatlah mereka karena mereka adalah wanita-wanita yang pantas dilaknat.” (hadith sahih).
ingatlah adik-adik semua merupakan fitnah yg besar kpd lelaki spt sabda baginda Shalallahu ‘alaihi wassalambersabda:((فَاتَّقُوا الدُّنْيَا وَاتَّقُوا النِّسَاءَ ، فَإنَّ أوَّلَ فِتْنَةِ بَنِي إسْرَائِيلَ كَانَتْ في النِّسَاءِ))
“Takutlah pada dunia dan takutlah pada wanita karena fitnah pertama pada Bani Israel adalah pada wanita.” (hadith sahih).
“Tidaklah berkumpul seorang lelaki dan wanita, kecuali Syaithan bersama mereka”. (H.R. Ahmad, Tirmidzi dan Hakim) .
Tidak memakai wangi-wangian. Hal ini telah diperingatkan oleh Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam : “Sesungguhnya seorang wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati kaum (laki-laki) bermaksud agar mereka mencium aromanya, maka ia telah melakukan perbuatan zina”. (H.R. Tirmidzi)

4) hendaklah adik-adik semua menetap diri di rumah dan elakkan berjalan-jalan keluar tanpa keperluan lebih-lebih lagi untuk musafir ke tempat yg jauh tanpa keperluan. Siapakah contoh adik-adik..apakah adik-adik tidak melihat kpd Fatimah ra, Aisyah ra, Khadijah ra dan lain-lain ummul mukminah serta wanita utama Islam yg mana mereka tidaklah hebat dlm lapangan dakwah / jemaah / tetapi mereka hebat dlm lapangan isteri dan menetap diri menjaga maruah mereka...dan itulah punca mereka diagungkan dlm sejarah islam...Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلاَ تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الجَاهِلِيَّةِ الأُولَى
“Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah.” (Q.S. Al-Ahzab: 33) dan semoga adik tidaklah keluar musafir tanpa teman muhrim..kerana baginda berpesan “Tidaklah bepergian (musafir) seorang wanita kecuali bersama muhrim”. (H.R. Bukhari)
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda :“Janganlah wanita melakukan safar selama 3 hari kecuali bersama mahramnya.” (Hadits shahih, dikeluarkan oleh Bukhari 2/54, Muslim 9/106, Ahmad 3/7, dan Abu Dawud 1727 Imam Al Baghawi mengatakan : “Ulama sepakat bahwa dalam perkara yang bukan wajib tidak dibolehkan bagi wanita melakukan safar kecuali disertai oleh suami atau mahram yang lain, terkecuali wanita kafir yang telah masuk Islam di negeri musuh atau tawanan wanita yang telah berhasil meloloskan diri dari tangan-tangan orang kafir, mau tidak mau ia harus keluar dari lingkup mereka dengan tanpa mahram,
walaupun ia seorang diri bila tidak merasa takut.” (Syarhus Sunnah 7/20

5) Semoga adik-adik menjaga wara' dan memelihara diri adik dr terdedah kpd lelaki yg tidak halal pd adik kerana bukankah Allah memerintahkan adik-adik menjaga diri adik-adik ?? sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلاَ يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إلاَّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا “Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluan-nya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.” (Q.S An-Nur: 31) wahai adik-adik...hiasilah dirimu dgn pakaian taqwa...wujudkan malu rasa segan dan rasa taqwa dlm diri adik-adik...!! jauhi dr mencari sesuatu yg bukan halal dan mencari keseronokkan dunia sementara...Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:ياَ بَنِي آدَمَ قَدْ أنْزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْءَاتِكُمْ وَرِيشًا وَلِبَاسُ التَّقْوَى ذَلِكَ خَيْرٌ “Hai anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik.” (Q.S. Al-A’raaf: 26) rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam bersabda: ((إنَّ لِكُلِّ دِينٍ خُلُقًا ، وَإنَّ خُلُقَ الإسْلاَمِ الحَيَاءُ))
“Sesungguhnya setiap agama itu memiliki akhlak dan akhlak Islam itu adalah rasa malu.” (hadith sahih).

Adik pernahkah adik2 mendengar perihal wanita 2 yg utama dlm Islam ?? mereka bukanlah wanita dan perempuan aktif berpersatuan dan ke sana sini kononnya berjuang..tapi pd hakikatnya melanggar sunnah Islam..mereka juga bukanlah wanita lantang dan wanita besi yg serba boleh...bukan-bukan !!

Tapi Mereka ialah wanita yg disebut dlm riwayat Dari Shofiyah binti Syaibah berkata: “Ketika kami bersama Aisyah ra, beliau berkata: “Saya teringat akan wanita-wanita Quraisy dan keutamaan mereka.” Aisyah berkata: “Sesungguhnya wanita-wanita Quraisy memiliki keutamaan, dan demi Allah, saya tidak melihat wanita yang lebih percaya kepada kitab Allah dan lebih meyakini ayat-ayat-Nya melebihi wanita-wanita Anshor. Ketika turun kepada mereka ayat: “Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya.” (Q.S. An-Nur: 31) Maka para suami segera mendatangi istri-istri mereka dan membacakan apa yang diturunkan Allah kepada mereka. Mereka membacakan ayat itu kepada istri, anak wanita, saudara wanita dan kaum kerabatnya. Dan tidak seorangpun di antara wanita itu kecuali segera berdiri mengambil kain (tirai) dan menutupi kepala dan wajahnya, karena percaya dan iman kepada apa yang diturunkan Allah dalam kitab-Nya. Sehingga mereka (berjalan) di belakang Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam dengan kain penutup seakan-akan di atas kepalanya terdapat burung gagak.” (hadith riwayat sahih).

Allahuakbar !! allahuakbar !!! begitulah adik-adik perihal wanita Islam !! Mereka tidak perlu ada BA (hons) syariah atau Syariah Wal Qanun !!! Mereka juga tidak perlu ada MA atau Phd !!! tapi mereka cukup sahaja memiliki iman dan kepercayaan yg teguh kpeada Allah dan rasulnya...!!!
Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, maka apabila keluar, syaithan akan menghiasinya.” (Dikeluarkan oleh Al Bazzar dan At Tirmidzi dan dishahihkan oleh Asy Syaikh Al Albani dalam Irwaul Ghalil jilid I)

6) Usahlah adik-adik terpedaya dengan cinta palsu dan kata-kata manis kaum lelaki...Ingatlah jika benar jodoh adik,,,maka insyaAllah si dia akan melamar adik dengan cara baik !!!ketahuilah, Lelaki yg soleh pasti tidak akan berhajat untuk menjerumuskan kekasihnya ke dalam murka dan maksiat kpeada ALlah swt !!! Dan jika dia bukan soleh ,, maka apakah adik berharap dia akan berubah selepas adik berkahwin dengannya ??? Adik terlalu bermimpi...!!
apakah lelaki yg menghisap rokok dan hariannya diwarnai dgn hiburan, mainan cinta lara dan maksiat akan menjadi pembela Islam dan pembela maruah adik ??? Ataukah hanya akan menjadi pelangsung kepada masalah rumahtangga, pergaduhan suami&isteri masa hadapan, kehidupan yg penuh sengsara ??? ataukah mampu melahir keluarga bahagia dan bertaqawa ???ingatlah adik....bahawa bahagia itu ditangan Allah...Apakah Allah akan memberi bahagia jika adik melakukan perkara yg dimurkainya ???

cukuplah wahai adik-adikku menjadikan hadith ini sebagai peringatan iaitu ...Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam bersabda :“Aku melihat ke dalam Surga maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.” (HR. Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas dan Imran serta selain keduanya).
Imam Qurthubi rahimahullah mengomentari hadits di atas dengan pernyataannya : “Penyebab sedikitnya kaum wanita yang masuk Surga adalah hawa nafsu yang mendominasi pada diri mereka, kecondongan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, dan berpaling dari akhirat karena kurangnya akal mereka dan mudahnya mereka untuk tertipu dengan kesenangan-kesenangan dunia yang menyebabkan mereka lemah untuk beramal. Kemudian mereka juga sebab yang paling kuat untuk memalingkan kaum pria dari akhirat dikarenakan adanya hawa nafsu dalam diri mereka, kebanyakan dari mereka memalingkan diri-diri mereka dan selain mereka dari akhirat, cepat tertipu jika diajak kepada penyelewengan terhadap agama dan sulit menerima jika diajak kepada akhirat.” (Jahannam Ahwaluha wa Ahluha halaman 29-30 dan At Tadzkirah halaman 369

Dari Anas RA berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya:-

1) Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya;

2) Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya;

3) Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya;

4) Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya;

5) Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung;

6) Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya; dan juga

7) Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya (anak yang selalu diajari ilmu Al-Quran maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri).

Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW telah bersabda ; "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam:-

1) sedekah yang berjalan terus (sedekah amal jariah);

2) ilmu yang berguna dan diamalkan;( ilmu yang bermanafaat) dan juga

3) anak yang soleh yang mendoakan baik baginya."( Doa anak yang soleh)

“Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu menjadi contoh yang paling baik untuk menjadi ikutan kamu(Uswatun Hasanah) ” (Al-Ahzab 33:21)

Sejarah kelahiran Rasulullah sehingga kewafatannya sangatlah lazim bagi umat Islam. Saban tahun, kita diperingatkan mengenai Rasulullah pada setiap sambutan Maulidur Rasul dan hari-hari kebesaran Islam yang lain. Maka kali ini, kita tidak mahu menjelaskan secara terperinci akan kisah manusia agung ini tetapi menghuraikan salah satu aspek penting yang kita perlu cermati, iaitu Rasulullah sebagai suri tauladan yang terbaik.

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa Rasulullah adalah manusia yang paling mulia dan sempurna yang pernah dilahirkan di dunia. Muhammad bin Abdullah selain seorang yang berketurunan mulia, baginda juga dibesarkan dan dididik dengan budi pekerti yang mulia. Kemuliaan dan keindahan akhlak baginda membolehkannya digelar Al-Amin, seorang yang dipercayai. Begitulah Allah mempersiapkan seorang manusia untuk menjadi pemimpin kepada manusia seluruhnya.

muhammad1

Segala aspek dalam Islam tercerna dalam keperibadian dan kehidupan Rasulullah. Sepertimana kata Aishah r.a baginda adalah Al-Quran yang bergerak, kalau hendak tahu tentang Al-Quran lihatlah pada diri Rasulullah. Maka, mengetahui dan memahami sirah Nabi Muhammad adalah kewajiban bagi umat Islam kerana bagindalah idola bagi umat Islam.

Keperluan mengkaji kisah Rasulullah adalah:

1. Memahami peribadi Rasulullah menerusi penghidupan dan suasana hidup baginda supaya kita memahami baginda bukanlah sebagai manusia pintar tetapi adalah pesuruh Allah yang menerima wahyu dan taufiq daripadaNya.
2. Supaya manusia seluruhnya dapat meniru dan mengikut suatu contoh yang unggul dalam segenap lapangan hidup yang harmoni dan menjadikannya dasar hidup.
3. Membantu memahami isi kandung Al-Quran kerana isi Al-Quran diturunkan berdasarkan kejadian sejarah hidup Rasulullah
4. Hidup Rasulullah adalah gambaran dan dimensi yang jelas prinsip-prinsip Islam.

Persamaan Rasulullah dengan kita.

Selalu kita merasakan Rasulullah adalah manusia yang sangat jauh bezanya dengan kita. Kedudukan yang berbeza membuatkan kita sukar untuk mencontohi baginda. Cuba kita selami persamaan yang wujud antara kita dan Rasulullah agar dengan itu kita mampu meneladani baginda.

1. Rasulullah adalah pemuda semasa ia menerima wahyu dan berdakwah menyebarkan Islam. Kita juga adalah golongan pemuda yang penuh tenaga dan wibawa. Pemuda adalah golongan yang mampu membawa perubahan kepada bangsa dan agama. Jadilah kita pemuda yang merubah sejarah peradaban manusia masa kini sepertimana Rasulullah s.a.w di zamannya.
2. Rasulullah s.a.w lahir di zaman jahiliyyah yang sangat memuncak: Hamba abdi, seks, wanita, arak, perjudian, tindas menindas, riba’ dan sebagainya. Kita juga berada di dalam zaman yang sama tetapi di era moden dan IT.
3. Rasulullah mempamerkan contoh bagi setiap manusia untuk setiap peringkat kehidupan; Baginda adalah seorang bapa, pemimpin, anak, pemuda, businessman, penternak, pendidik, suami dan ketua turus tentera. Bagi wanita, isteri-isteri baginda adalah contoh terbaik untuk diteladani; Siti Khadijah, Aishah dan lain-lain.
4. Rasulullah adalah Hero kepada masyarakat dan umatnya. Asalnya dia adalah seorang yang biasa, tapi berubah dari Zero to Hero. Apakah panduannya? Itulah Al-Quran yang memandu baginda menjadi Hero di dalam masyarakat dan umat seluruhnya. Allah yang memberi hidayah dan sokongan. Kita perlu mengambil iktibar untuk menjadi Hero dalam masyarakat sepertimana Rasulullah lakukan dalam hidupnya.

Kesimpulan:

Menyambut Maulidur Rasul bukan sekadar memperingati baginda tetapi cuba berusaha lebih dari itu dengan mempelajari sirah Nabi s.a.w dan mengambil iktibar dan seterusnya mengamalkannya dalam kehidupan. Sebagai pelajar, inilah peluang keemasan untuk mempelajari sirah Nabi Muhammad yang dicintai.

Kita cuba perincikan aplikasi-aplikasi yang praktikal dalam kehidupan sebagai pelajar. Kami meyakini hanya usaha ini yang akan menambah nilai (Added Value) diri pelajar di sini sebagai bekal membina keperibadian yang unggul (Personal Character) dan mulia sebagai modal insan yang berguna untuk Agama, Bangsa dan Negara.

Ramai orang mengatakan belum cukup ilmu apabila ditanyakan mengapa
tidak menegur orang yang berbuat salah. Tidak kurang juga yang
mengatakan diri sendiri belum baik, mengapa perlu menegur orang lain.
Bahkan ada juga yang mengatakan perlu apa menjaga tepi kain orang, tak
perlu jadi 'busy body'. Adakah kita semakin menjadi manusia yang
individualistik? Amat mementingkan diri sendiri? Dan banyak lagi
alasan lain untuk tidak menegur..

Barangkali sifat merendah diri atau memikirkan kelemahan dan
kekurangan diri menjadikan kita tidak yakin dan akhirnya meninggalkan
usaha mengajak kebaikan.

Persepsi Diri Yang Salah

Ada di antara kita yang memandang zaman ini menegur orang biarlah
kepada mereka yang ber'authoriti' . Serahkan sahaja pada pak imam,
ustaz atau ustazah. Ada yang berpendapat untuk menegur orang lain diri
perlu menjadi maksum. Malu dengan latar belakang keluarga yang tidak
sempurna didikan agama.

Kewajipan Nasihat Menasihati Bukanlah Untuk Orang Tertentu

Sudilah memberi teguran yang baik dan berhikmah, kerana tanpanya
manusia akan selalu terbabas. Fitrah manusia yang selalu lupa dan
terburu-buru, seringkali diruntun oleh gelodak nafsu. Berbanggalah
diri sebagai seorang Islam, menjadikan kita ini sebahagian dari
masyarakat yang membentuk manusia dari dalam dan luaran.

Jika berdiam sahaja melihat buasnya dunia meladeni manusia, alamat
kita sedang menuju kehancuran. Bukan sahaja melibatkan perhubungan
sesama manusia, bahkan menyebarkan barah kepada bidang ekonomi,
politik, pendidikan dan akhirnya diri sendiri. Terlalu mengharapkan
orang lain kadangkala hanya meninggalkan harapan sahaja..

ALlah memberitahu di dalam al Quran yang bererti, hendaklah ada
sebahagian dari golongan yang menyeru kepada kebaikan dan melarang
kepada kemungkaran. Mereka itulah orang yang berjaya. (Surah Ali Imran
: 104) Golongan yang disebutkan menurut Dr Abdul Karim Zaidan di dalam
bukunya Usul Ad Dakwah adalah orang Islam itu sendiri. Kita adalah
umat yang terbaik yang lahir dari kelompok manusia wajib untuk
mengajak kepada kebajikan dan mencegah kemungkaran. Hukumnya sudah
menjadi wajib pada masa kini kerana golongan yang menegur itu semakin
mengecil jumlahnya.

Menasihati bukan satu cara sahaja

Mereka yang rugi antaranya adalah yang tidak mahu berpesan-pesan
kepada perkara kesabaran dan kebenaran. Tidak perlu dengan
mengeluarkan hadith atau ayat al Quran yang kadangkala mad'u pun tidak
tercapai akalnya hendak menerima (sebab ia sendiri jahil mengenainya) .

Seorang Islam yang hebat mempunyai daya pemikiran yang kretif dan
mempunyai semangat yang tidak putus-putus untuk mengajak manusia
kepada kebaikan. Ada daya dengan tangan, maka penyampaian nasihat
melalui tulisan, lukisan atau dengan kekuatan tangan. Menyentuh hati
kadangkala lebih berjaya dengan diri kita yang menunjukkan kebaikan.
Sentiasa bermanis muka, tersenyum, tidak mudah marah, suka menolong,
lidahnya tidak celupar menuturkan kata.

Tentulah wahai tuan, ALlah tidak melihat kepada natijah kepada usaha.
Sebab prinsip asas yang diterangkan di dalam al Quran adalah usaha
untuk mencapainya. Yang empunya kejayaan, kemenangan dalam
ketentuanNya, bukan kita. Menasihati sesama manusia menyuburkan benih
persaudaraan melalui kasih sayang dan kemaafan.

12 Barisan di akhirat

Suatu ketika, Muaz b. Jabal r.a mengadap Rasulullah
SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan
kepadaku mengenai firman Allah SWT: "Pada sangkakala
ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surah
An-Naba':18

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah
pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: "Wahai Muaz,
engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat
besar, bahawa umatku akan diiring, dikumpulkan
berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing
dengan pembawaan mereka sendiri...." Maka dinyatakan
apakah 12 barisan tersebut :-

Barisan Pertama
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan
berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu
seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu
adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti
hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat
kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kedua
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah
suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu
adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan
solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali
mereka adalah neraka..."

Barisan Ketiga
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh
dengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah
orang yang enggan membayar zakat, maka inilah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


Barisan Keempat
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air
pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah
orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah
balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."

Barisan Kelima
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai.
Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau
busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.
"Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan
derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula
rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya
dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Keenam
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka
terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi
saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali
mereka adalah neraka..."

Barisan Ketujuh
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari
mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka
itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas
kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali
mereka adalah neraka..."

Barisan Kelapan
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan
kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka adalah orang
yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat
kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kesembilan
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan
bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan
api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta
anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka
inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah
neraka..."

Barisan Kesepuluh
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka
penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah
orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


Barisan Kesebelas
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta
mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk
lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan
lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka
dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang
minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali
mereka adalah neraka..."

Barisan Kedua Belas
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang
bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui
titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari
sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka
adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat
baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka
memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia
keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya
dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat
keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha
Pengasih..." Jika engkau mahukan kemesraan dengan
Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika
engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah,
tahulah engkau betapa peritnya berpisah
denganNya... ..Wallahua' alaam


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Malam pertama...
Malam itu ialah Malam Pertama Di Alam Kubur
Pernahkah engkau melihat kuburan?
Pernahkah engkau melihat gelapnya kuburan?
Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahat?
Pernahkah engkau membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur?
Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu dan untuk orang-orang selain darimu?
Bukankah telah silih berganti engkau melihat
teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga terdekatmu diusung dari dunia fana ini ke kuburan?


Apakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur Nanti Asyik dan Nikmat atau Penuh Derita dan Sengsara?"
Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur?
Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan.
Malam yang kerananya para ulama' serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh.
Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza.
"Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu.
Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana?"



Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai,
dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran,
dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai,
tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita,
lilin-lilin yang menerangi
dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan,
dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah.

Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur,
segala-galanya amat menyedihkan,
tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir.
Itukah yang kita mahukan?
Pastinya tidak bukan?
Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi Malam Pertama Di Alam Kubur!
Di dalam usahanya mempersiapkan diri menghadapi malam pertama tersebut, adalah diceritakan bahawa Rabi' bin Khutsaim menggali liang kubur di rumahnya. Bila ia mendapati hatinya keras,
maka ia masuk ke liang kubur tersebut.
Ia menganggap dirinya telah mati,
lalu menyesal dan ingin kembali ke dunia,
seraya membaca ayat: "Ya Rabbku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu)." (Surah Al-Mu'minun, ayat 99-100)

Kemudian ia menjawab sendiri; "Kini engkau telah dikembalikan ke dunia wahai Rabi'.." Dan disebabkan hal tersebut, Rabi' bin Khutsaim didapati pada hari-hari sesudahnya sentiasa dalam keadaan beribadah dan bertaqwa kepada Allah! Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti? Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya. "Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!"
Kematian itu pasti. Ia tidak meleset meski hanya sedetik. Ia biasa datang menyerap dengan tiba-tiba. Ia misteri. Kerananya setiap orang semestinya selalu siap. Dan tentu, husnul khatimah harus menjadi pilihan. Untuk mencapai itu, harus melalui jalan syari'at dengan menjalankan segala perintah dan menjauhi segala larangan Allah Ta'ala. Tanpanya, husnul khatimah itu nihil. Bukankah, perahu tak akan berjalan di daratan?


Wahai orang tua yang telah bongkok punggungnya dan dekat ajalnya, apakah engkau telah bersiap-siap menghadapi malam pertama? Wahai pemuda gagah yang bergelimang harta dan sejuta asa, apakah engkau telah bersiap-siap menghadapi malam pertama? Ia adalah malam pertama dengan dua wajah, mungkin menjadi malam pertama bagi malam-malam syurga berikutnya, atau menjadi malam pertama bagi malam-malam neraka selanjutnya.
(Dipetik dari buku Malam Pertama Di Alam Kubur karya Dr Aidh Abdullah Al-Qarni)


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?" Hatim berkata, Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara iaitu :-

1. bertaubat
2. menyesali dosa yang dilakukan
3. tidak tergila-gilakan dunia
4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')
5. tinggalkan sifat berbangga
6. tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik dibandingkan dengan Hatim.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Hassan Basri telah bercerita bahawa suatu hari dia bersama seorang pemuda ahli ibadah berkeliling melalui jalan-jalan kecil dan beberapa pekan di negeri Basrah.

Tiba-tiba ia bertemu dengan seorang tabib yang sedang duduk diatas sebuah kerusi, di hadapannya ada beberapa orang lelaki, perempuan, dan kanak-kanak yang sedang memegang botol berisi air di tangan mereka. Setiap orang meminta tabib itu menyebutkan ramuan ubat bagi penyakit masing-masing.

Hasan Basri mara ke depan tabib itu dan berkata: Tuan tabib! Adakah tuan mempunyai ubat yang boleh mencuci dosa, serta menyembuhkan penyakit hati?".

Berkata Tabib itu: "Ya, saya ada". Lalu pemuda itu berkata: "Berilah pada saya".

Berkata Tabib itu: "Ambillah dari saya sebagai ramuannya sebanyak 10 perkara iaitu:

1. Ambil oleh mu akar kayu fakir dan akar kayu tawaduk
2. Campurkan dengan pencuci kotoran perut bernama taubat.
3. Lalu masukkan semua ke dalam lesung redha
4. Giling sampai halus dengan pengetam Qana'ah.
5. Kemudian masukkan ke dalam periuk taqwa
6. Tuangkan ke dalamnya air hayak (malu).
7. Lalu didihkan dengan api mahabbah (cinta).
8. Selepas itu pindahkan dia ke dalam mangkuk syukur
9. Kipaskan dengan kipas angin rajak (harapan).
10. Kemudian minumlah dia dengan sudu pujian.


Jika engkau perbuat semua itu, maka dia bermanfaat bagimu, untuk melindungi dirimu dari semua penyakit serta bala di dunia dan di akhirat".


"Ya Rabb kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada
kesesatan setelah engkau beri petunjuk kepada kami." (Ali Imran :
250)

"

Ada beberapa perkara menarik berlaku dalam minggu ini. Kejadian itu semua bolehlah disenaraikan dalam tanda-tanda ‘dunia sudah terbalik’. Antaranya demonstrasi bantahan terhadap fatwa pengharaman pengkid.

Saya kurang pasti adakah dalam dunia ini mana-mana agama yang mengizinkan penganutnya yang perempuan menyerupai lelaki atau sebaliknya sehingga ‘fatwa’ tersebut dianggap menjejaskan hak mana-mana agama? Apatah lagi jika hukum tersebut hanya ditujukan kepada umat Islam semata. Atau mungkin mereka merasakan bahawa hukum itu menjejaskan hak asasi manusia.

Saya pun hairan apakah termasuk dalam hak manusia untuk menukar jantina? Ya, pada kaca mata aliran liberal tanpa sempadan keagamaan atau keinsanan, mungkin itu satu hak. Atau ia dianggap hak asasi bagi manusia yang menggunakan nama Tuhan menghalalkan apa yang bercanggah dengan ciptaan Tuhan.

Tetapi pada nilaian fitrah insani yang sejahtera perkara itu adalah satu pencemaran hak. Sama seperti jika ada kelompok yang menuntut hak untuk bertelanjang di jalanan atas alasan kebebasan. Hak yang seperti itu hanya mencemarkan hak orang lain yang akan terganggu dengan tindakan mereka dan merampas keselesaan ramai. Lebih daripada itu, ia terkeluar dari nilai insani yang normal.

Maka pemerintah di mana-mana negara pun jika membenarkan satu hak dalam masalah seperti ini, akan mencemarkan hak pihak yang lain. Sudah pasti neraca dalam masalah ini adalah nilaian agama dan fitrah insani yang lurus. Jika dibenarkan wanita menjadi lelaki atau lelaki menjadi wanita, maka hak kaum lelaki atau wanita yang normal akan tercemar. Akan berlaku kekeliruan gender yang meluas dalam masyarakat. Lalu lelaki atau wanita normal sukar mencari pasangan yang sebenar. Akan berlaku kecurangan yang luar biasa apabila ada kelompok manusia yang mencari pasangan sesama jantina.

Jika hal itu meluas, maka perkembangan masyarakat manusia juga akan tercemar disebabkan tidak mungkin ‘hubungan seks’ sesama jenis boleh melahirkan zuriat. Maka atas nama hak, apakah nanti kita mesti mengwujudkan tandas ‘pengkid’ atau ‘tandas saudarai’. Atau apakah pengkid boleh masuk ke tandas lelaki, atau ’saudarai’ boleh ke tandas perempuan? Dunia akan terbalik nanti dan banyak kekalutan akan berlaku.

Maka, tidak hairanlah jika Islam mengharamkan hal ini seperti hadis Ibn ‘Abbas yang saya sebutkan pada minggu lepas Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai wanita, dan wanita yang menyerupai lelaki (Riwayat al-Bukhari).

Cumanya, seperti yang saya nyatakan bahawa isu lelaki menyerupai perempuan tidak memerlukan sidang fatwa khas untuk mengeluarkan hukum mengenainya. Hukum yang seperti ini diketahui oleh sesiapa sahaja yang mempunyai walaupun sedikit asas pengetahuan agama Islam. Seperti yang saya nyatakan, yang agak peliknya, dalam fatwa yang dikeluarkan itu ditegaskan tentang haramnya wanita menyerupai lelaki, sedangkan fenomena yang bertebaran kelihatan di sana-sini adalah lelaki yang menyerupai perempuan. Sama ada pada gaya bahasa, gaya berjalan, atau lebih-lebih lagi ‘nafsu bercinta’.

Wanita tiruan ini kelihatan dan kedengaran bukan sahaja di jalanan, tetapi juga di media massa; radio, televisyen dan akhbar. Mereka kelihatan mendapat lesen yang besar tanpa dipertikaikan oleh sesiapa. Tiba-tiba muncul fatwa yang menegaskan tentang ‘haram pengkid’ dan tidak pula menonjolkan tentang haram lelaki cuba menjadi wanita. Perkara-perkara yang seperti inilah yang menjadikan manusia bersalah sangka lalu menganggap sesuatu fatwa yang dikeluarkan oleh ‘insan-insan berjawatan’ itu mengambil kira soal kedudukan dan ‘keselesaan kerusi’ masing-masing.

Ini semacam fatwa yang mengharamkan kanak-kanak bermain mercun kerana dikatakan membazir, tetapi dalam masa yang sama tidak pula mengharamkan mercun yang ratusan ribu ringgit yang dimainkan dalam berbagai-bagai keramaian atau tidak pula mengeluarkan fatwa mengharamkan pembaziran yang berlaku dalam pengurusan wang rakyat. Ini pun menunjukkan dunia kita memang nak terbalik..

Dalam celahan cerita wanita yang ingin menjadi lelaki, timbul pula kes kezaliman terhadap wanita di Kedah. Bagaimana seorang wanita mendakwa dirinya yang dizalimi oleh kecuaian Pejabat Agama. Dalam tempoh lapan tahun pihak Jabatan Agama tidak memberikan kepadanya surat cerai, tiba-tiba apabila beliau berkahwin dengan lelaki lain datang perintah mahkamah yang menyatakan perkahwinannya dengan suami yang kedua itu tidak sah dan dianggap ‘bersuami dua’.

Ketika beliau berulang-alik ke Pejabat Agama meminta surat pengesahan cerai, mereka gagal memberikan kepadanya. Malangnya, apabila beliau berkahwin dengan suami yang kedua dan mempunyai dua anak, datang pula surat mahkamah syariah yang membatalkan perkahwinan dan menyuruhnya kembali kepada suami yang pertama. Hari ini beliau hidup penuh tekanan dan penderitaan jiwa.

Jika benar dakwaan beliau, alangkah kejamnya pengurusan yang diberi nama agama ini. Dahulu saya pernah mencadangkan agar kita mengurus perkara-perkara halal dengan baik dan mudah serta membendung perkara- perkara haram agak menjadi rumit susah untuk mendapatkannya. Malangnya, hal ini tidak berlaku. Sehingga ada negeri yang memenjarakan sesiapa yang berkahwin di luar negerinya.

Begitulah urusan perkahwinan disulitkan dengan berbagai-bagai ‘karenah pengurusan’ yang pelbagai. Sebahagiannya dijadikan bisnes dengan yuran yang menguntungkan. Lihat sahaja apakah sukatan dalam sesetengah kursus perkahwinan. Sementara kes talak tertangguh begitu banyak yang memakan masa bertahun-tahun. Ia menghalang wanita untuk berkahwin semula sedang tuntutan jiwa dan nafsu wujud apatah lagi bagi wanita muda. Mahkamah dengan mudah menangguhkan kes hanya kerana suami tidak datang walaupun sudah berkali-kali. Wanita-wanita yang dianiayai lelaki sebegini didera perasaan dan nafsu kelaminnya. Ini adalah kezaliman dan kemungkaran yang dilakukan terhadap wanita.

Malang sekali, kes-kes yang seperti ini tidak diselesaikan dengan kuasa hakim. Hakim sepatutnya boleh diberi kuasa fasakh yang lebih jelas dan tegas kepada suami zalim dan tidak bertanggungjawab. Keengganan hadir ke mahkamah tanpa alasan yang diterima boleh dianggap sebagai sebab untuk perkahwinan dibatalkan.

Dukacita, pihak pengurusan agama ini jika ditegur ada yang melenting. Padahal bukan sedikit kaum wanita yang menunggu bertahun-tahun untuk kesnya diselesaikan. Ini semua boleh menjadi faktor terdorongnya gejala maksiat akibat runtunan nafsu yang tidak dapat diluruskan secara yang kononnya dianggap ‘berdasarkan undang-undang syarak’. Di manakah keindahan syariat hendak dilihat jika dikendalikan seperti ini? Benarlah kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H) yang selalu saya ulangi:

“Sesungguhnya syariah Islam itu binaan dan asasnya adalah atas segala hikmah dan kebaikan untuk manusia di dunia dan akhirat. Syariah Islam itu segalanya keadilan, kebaikan dan hikmat. Maka setiap perkara yang terkeluar dari keadilan kepada kezaliman, dari rahmat kepada yang berlawanan dengannya, dari kebaikan kepada kerosakan, dari hikmat kepada sia- sia maka ianya bukan syariah Islam sekalipun diberikan takwilan untuknya”. (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, I’lam al-Muwaqqi’in, 3/3, Beirut: Dar al-Jail).

Sebab itu saya pernah mencadangkan agar pihak berkuasa agama menumpukan kepada penyelesaian kes-kes yang seperti ini daripada menumpukan ‘operasi mengintip’ maksiat di dalam bilik-bilik hotel yang belum tentu ada. Selesaikanlah kes yang jelas wujud dari disibukkan diri dengan perkara yang tidak pasti. Namun dunia agaknya sudah terbalik..

Bercakap soal keadilan, ada yang bersungut dengan keputusan Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis baru-baru ini yang memutuskan mengenai nasab anak yang tempoh perkahwinan ibu bapanya kurang daripada enam bulan seperti berikut; “Anak yang lahir kurang daripada enam bulan ibunya berkahwin, boleh dibinkan kepada suami ibunya, kecuali jika dinafikan oleh si suami”. Keputusan ini telah disahkan oleh Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis yang dipengerusikan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibn Tuanku Syed Sirajudin Jamalullail pada 4 November 2008.

Maksud fatwa ini adalah seorang wanita yang berkahwin dan melahirkan anak sekalipun tempoh perkahwinannya kurang daripada tempoh enam bulan tetap boleh menasabkan (membinkan) anak yang dilahirkan kepada suaminya dengan syarat si suami tidak membantahnya. Sebabnya, di Malaysia, pihak pendaftaran enggan mendaftarkan anak orang Islam secara di’bin’kan kepada bapanya jika tempoh perkahwinan mereka kurang daripada enam bulan. Dalam erti kata lain anak tersebut dianggap ‘anak luar nikah’.

Hasil daripada peraturan ini maka ramai anak yang tidak dibinkan kepada bapa mereka. Lebih menyedihkan apabila anak tersebut mendapati hanya dia yang tidak berbinkan bapanya sedangkan adik-beradiknya yang lain berbinkan bapanya. Ini merupakan satu tekanan kepadanya yang tidak berdosa dalam perkara tersebut sepanjang hayatnya.

Pihak ibu bapa pula, amat sukar untuk menerangkan hakikat sebenar kepada anak berkenaan kerana itu akan membuka ‘aib yang telah cuba ditutup. Di samping boleh menghilangkan rasa hormat anak kepada ibu bapa yang telah insaf dan sedang membina dan mendidik keluarga. Atas keadaan tersebut maka, isu ini saya bincangkan dalam Fatwa Negeri Perlis.

Kita sedar, adanya perbezaan pendapat di kalangan sarjana fekah dalam hal ini. Namun, setelah meneliti dalil-dalil syarak dan alasan-alasan para sarjana yang berbagai-bagai, maka keputusan tersebut dibuat. Antara dalil yang dijadikan asas perbincangan dalam kes ini adalah sabda Nabi saw:

“Anak itu (nasabnya) kepada suami menyetubuhinya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini disebutkan oleh Nabi saw apabila berlaku perebutan nasab anak pada zaman baginda antara Sa’d bin Abi Waqqas dengan ‘Abd bin Zam’ah. Sa’d membuat tuntutan dengan mendakwa bahawa saudaranya ‘Utbah bin Abi Waqqas memberitahu bahawa anak Zam’ah yang masih budak ketika itu sebenarnya adalah anaknya.

Namun ‘Abd bin Zam’ah membantah dengan menyatakan itu ialah anak ayahnya Zam’ah yang mengahwini ibu anak berkenaan. Sa’d mengukuhkan dakwaannya dengan menyatakan anak berkenaan begitu jelas menyerupai saudaranya ‘Utbah. Apabila kes ingin diangkat kepada Nabi SAW, baginda mendapati ternyata anak berkenaan jelas menyerupai ‘Utbah bin Abi Waqqas, saudara Sa’d.

Namun baginda memutuskan anak itu ialah anak Zam’ah dengan bersabda: “Anak itu (nasabnya) kepada suami yang menyetubuhinya, sementara bagi perzinaan itu hanya kekecewaan (tiada hak yang dituntut)”. Daripada hadis ini dapat disimpulkan bahawa Rasulullah saw memberikan hak nasab kepada suami si isteri sekalipun anak itu ada kemungkinan anak zina.

Juga hadis ini menunjukkan penyelesaian Nabi saw yang tidak ingin membongkar keburukan yang lepas. Jika baginda memutuskan kes seperti itu mesti diselidiki maka sudah pasti pelbagai keburukan peribadi akan terdedah dan menyebabkan keruntuhan kepada keluarga. Selagi mana si suami sendiri menerima anak itu adalah anaknya, maka tiada alasan untuk mereka yang tidak berkahwin secara sah dengan si ibu membuat tuntutan.

Bahkan di kalangan sarjana Islam ada yang berpegang bahawa anak zina boleh dinasabkan kepada bapa zinanya sekalipun jika wanita berkenaan tidak berkahwin dengan lelaki yang berzina dengannya. Namun syaratnya mestilah wanita tersebut juga tidak berkahwin dengan lelaki lain seperti dalam kes hadis di atas.

Kata Dr Yusuf al-Qaradawi:

“Lelaki dan wanita yang berzina jika bertaubat kepada Allah dan ingin keluar dari yang haram kepada yang halal, dari kehidupan yang dicemari kepada kehidupan yang bersih, berubah kehidupan mereka dari zina yang haram kepada persetubuhan yang halal, maka perkahwinan mereka sah dengan ijmak (sepakat tanpa kecuali seluruh para mujtahid)…beberapa tokoh fekah salaf; ‘Urwah bin al-Zubair, al-Hasan al-Basri, Ishaq bin Rahuyah dan selain mereka berpendapat harus dinasabkan anak zina kepada bapa zinanya jika wanita berkenaan tidak pernah berkahwin (selepas itu). Pendapat ini disokong oleh Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah dan muridnya Ibn al-Qayyim”. (lihat: islamonline.net).

Namun, keputusan Fatwa Perlis hanya membincangkan tentang keharusan menasabkan anak kepada suami sekalipun perkahwinan itu kurang daripada enam bulan. Dengan itu maka mereka yang terlibat dalam perzinaan lalu bertaubat dan berkahwin, anak yang dikandung bolehlah dinasabkan kepada si suami sekalipun baru berkahwin dengan syarat tiada bantahan daripada suami.

Antara kebaikan fatwa ini; ia menutup keaiban lepas yang berlaku kepada pasangan yang sudah berkahwin dan bertaubat. Juga menghilangkan perasaan malu dan terasing anak yang selama ini tidak dibinkan kepada bapanya disebabkan faktor kekurangan tempoh perkahwinan serta membantu ibu bapa yang terlanjur meneruskan kehidupan dan pembinaan keluarga.

Ada yang kata; fatwa ini menggalakkan orang berzina. Saya kata tidak sama sekali; ia memberi orang bertaubat dan menyelamatkan maruah anak yang tidak berdosa. Yang menggalakkan maksiat adalah adegan-adegan panas dalam media, juga pengurusan yang menyusahkan kahwin dan talak. Fikiran anda jangan terbalik!

nikmat islam

Antara nikmat yang wajib untuk kita syukuri adalah nikmat perutusan Nabi Muhammad S.A.W. Tanpa Baginda, maka kita tidak akan dapat mengecapi nikmat Iman, Islam, al-Quran dan sebagainya. Baginda diutuskan Allah untuk memperkenalkan kita dengan nikmat-nikmat tersebut seterusnya mengajar kita agar mengecapi nikmat-nikmat tersebut dengan menghayatinya dan mengamalkannya. Antara nikmat-nikmat itu ialah nikmat Islam. Allah berfirman di dalam surah Ali Imran, ayat 19: Sesungguhnya agama yang diredhai di sisi Allah adalah Islam.

Kita semua sedia maklum bahawa Islam adalah agama yang benar. Kebenarannya terserlah pada setiap ajarannya yang lengkap, abadi, sempurna, menyeluruh dan indah. Islam adalah agama yang mengatur kehidupan manusia sejagat. Islam adalah rahmat dalam segenap aspek. Tiada sesuatu pun yang terkecuali melainkan pasti dilitupi oleh nikmat dan rahmat Islam. Islam merangkumi setiap sudut kehidupan, yang kecil mahu pun yang besar. Islam itu ialah Negara dan Tanah Air atau ianya adalah Kerajaan dan Umat. Islam itu ialah Akhlak dan Kekuatan atau ianya adalah Rahmat dan Keadilan. Islam itu ialah Kebudayaan dan Perundangan atau ianya adalah Ilmu Pengetahuan dan Kehakiman. Islam itu ialah Material dan Dana atau ianya adalah Usaha dan Kekayaan. Islam itu ialah Jihad dan Seruan Dakwah atau ianya adalah Ketenteraan dan Ideologi. Sebagaimana Islam itu adalah Akidah yang Benar dan Ibadah yang Sohih. Oleh itu, Islam itu adalah semua dan semua itu adalah Islam. Sama sahaja. Tidak boleh dipisah-pisahkan. Andai dipisahkan, pasti akan ada kepincangan dan kecacatan.

Itulah nikmat Islam. Ajarannya yang lengkap adalah nikmat. Kesempurnaannya tidak dapat disangkal. Keabadiannya telah dijamin. Cengkamannya kukuh namun lembut dan penuh hikmah kebijaksanaan. Keindahannya memukau mata bahkan membuatkan akal terpinga-pinga kehairanan. Islam bukan akhirat semata, bahkan ia adalah dunia jua. Islam bukan hanya untuk rohani, namun juga untuk jasmani. Islam bukan fantasi, tetapi ia adalah realiti. Islam adalah seimbang dalam setiap aspek. Bukan iman pada yang ghaib semata, tetapi tetap sesuai dengan logik akal.

Jiwa yang sihat, akal yang waras dan fitrah yang murni pasti mengakui bahawa Islam adalah agama yang benar. Kebenarannya jelas, nyata, terang tanpa boleh disangkal lagi. Mereka yang menyangkal kebenaran Islam atau beriman kepada sebahagian ajarannya tetapi meninggalkan sebahagian ajarannya yang lain tidak lain adalah kerana ianya lahir daripada jiwa yang sakit, akal yang bingung atau gila dan fitrah yang telah tercemar dengan najis-najis kufur dan nifaq. Tiada hidup melainkan dengan Islam. Tiada mati melainkan dengan Islam juga. Tiada nikmat melainkan dengan nikmat Islam jua. Nikmat yang tidak berpaksikan Islam adalah nikmat yang menipu semata. Ideologi yang tidak dipetik daripada petunjuk Islam adalah sesat belaka. Namakanlah apa saja ideologi tersebut, jika ia bukan berpandukan petunjuk Islam, pasti merosakkan. Kerana itu Allah I berfirman: Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka ianya sekali-kali tidak akan diterima dan di akhirat kelak dia termasuk dalam golongan yang rugi. (Ali Imran: 85)

Oleh itu, sahabat-sahabat! Hayatilah keindahan Islam, rasailah keagungan, kehebatan dan kebesarannya. Syukurilah setiap nikmat yang terdapat di dalamnya bahkan nikmat Islam itu sendiri. Sebarkan Islam bahkan pertahankan Islam kerana balasannya adalah syurga dan keredhaan Allah Taala. Lebih-lebih lagi kita yang dimuliakan Allah sebagai penuntut ilmu-ilmu Islam, lebih patut untuk kita bersyukur dengan nikmat Islam. Sedarlah, Islam tidak pernah lemah tanpa kita, namun kita pasti lemah, gagal, kecewa dan binasa tanpa Islam kerana Islam itu Tinggi dan tiada sesuatu pun yang boleh menandingi ketinggian Islam walaupun seinci! Ini adalah artikel yang nampak biasa, namun renung-renungkan lah..
(( Disunting : MOHD KHALID RAHMAT ))

MENGISI waktu dengan perkara yang boleh mendekatkan diri kepada Allah (SWT) adalah sesuatu yang wajar dan perlu diamalkan dari semasa ke semasa demi mencapai puncak rahmat dan reda-Nya seperti yang didambakan setiap insan bergelar Muslim. Namun, sangat mendukacitakan jika di kalangan masyarakat Islam hari ini ada yang belum terbuka pintu kesedarannya, lalu membiarkan usia berlalu begitu saja. Masih ada yang malas melaksanakan ibadat difardukan, enggan menerima nasihat, tidak gemar luangkan masa mendengar ceramah agama atau menghadiri majlis ilmu. Sikap seperti itu mungkin ada pada hati keluarga kita, jiran, kawan, atau diri sendiri. Mengapa terjadi hal demikian? Jawapannya ialah kerana memiliki hati keras, diserang penyakit mazmumah seperti sombong, panas baran, dan suka perkara bertentangan hukum agama. Orang berhati keras, sesungguhnya jauh daripada rahmat Allah (SWT).

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Dan sesungguhnya sejauh-jauh manusia daripada Allah (SWT) adalah mereka yang berhati keras.” (Hadis riwayat At-Tarmizi) Sesungguhnya hati manusia ini pelbagai wajah seperti pernah diutarakan ulama tersohor Ibn Qayyim. Beliau berpendapat hati terbahagi kepada tiga iaitu: 1- Hati yang sihat dan selamat Iaitu hati yang selalu menerima, mencintai dan mendahulukan kebenaran. Pengetahuannya mengenai kebenaran benar-benar sempurna, juga selalu taat dan menerima sepenuhnya. 2- Hati yang keras Iaitu hati yang tidak menerima dan taat pada kebenaran. 3- Hati yang sakit Jika penyakitnya sedang teruk, maka hatinya menjadi keras dan mati, jika ia mengalahkan penyakit hatinya, maka hatinya menjadi sihat dan selamat. Daripada ketiga-tiga wajah hati itu, apa yang perlu dimiliki orang Islam ialah sekeping hati sihat dan selamat. Sebagai insan beriman dan cintakan Allah (SWT) secara benar, maka sedaya upaya harus berusaha mengatasi hati keras dan mengubati hati yang sakit. Jika dibiarkan, hati akan menghadapi beberapa perkara bahaya yang membinasakan iaitu memandang perkara buruk dan baik adalah sama saja atau mungkin mempercayai yang baik itulah mungkar dan yang mungkar itu baik, menjadikan hawa nafsu sebagai pedoman dan bisikan syaitan sebagai penyuluh arah. Hati diserang penyakit seumpama itu masih boleh dirawat dengan membaca al-Quran, mendalami maknanya dan mengamalkan ajarannya untuk menghidup dan melunakkan hati, selain menambah ilmu pengetahuan serta membentuk akhlak terpuji. Membaca al-Quran juga boleh menjana ingatan kepada Allah (SWT) dan meneguhkan ketakwaan. Inilah sebenarnya tujuan al-Quran diturunkan kepada manusia. Firman Allah (SWT) bermaksud: “Dan Kami turunkan dari al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman dan al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang yang zalim selain kerugian.” (Surah Al-Isra, ayat 82) Jelas sekali selalu mengingati Allah (SWT) boleh mengindahkan hati dan menenangkan perasaan. Berdasar pendapat Ibn Taimiyah, zikir itu penting bagi manusia, umpama betapa perlunya ikan kepada air. Selanjutnya, perlu ada keinsafan dalam hati bahawa diri hanya sebagai hamba hina di sisi Allah (SWT). Rasa rendah diri, menjadikan ibadat dilakukan ikhlas, bersungguh-sungguh dan berkualiti. Rasa rendah diri, menghindarkan daripada sikap sombong dan meyakini bahawa hanya Allah (SWT) yang Maha Besar dan Maha Agung. Orang yang sentiasa merendah diri, hatinya akan menjadi murni, tenang, senang menerima hidayah serta mendapat kedudukan tinggi di sisi Allah (SWT). Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “…..Allah tidak menambah terhadap hamba yang memberi maaf melainkan kemuliaan, dan seseorang tidak merendahkan diri kepada Allah (SWT) melainkan Allah (SWT) meninggikannya.” (Hadis riwayat Muslim) Hati juga akan berkembang mekar apabila mengingati kematian yang pasti kedatangannya. Makhluk lemah seperti manusia satu masa nanti pasti mengalami peristiwa kematian. Apabila ingat mengenai kematian, maka boleh melembutkan hati. Syeikh Muhammad Husain Ya’qub dalam tulisannya, Tragedi Alam Kubur menyebut: “Zikrulmaut dapat mencegah daripada perbuatan maksiat, melunakkan hati, menghilangkan kecintaan terhadap dunia dan sedih terhadap musibah. Kematian adalah mauizah dan pemisah manusia dari segala dimilikinya.” Memang tak dapat disangkal berlakunya pelbagai masalah sosial, keruntuhan akhlak di kalangan remaja, tandusnya budi pekerti dan budaya Islam, adalah akibat daripada kerasnya hati anggota masyarakat kita hari ini. Hal itu boleh dibendung sebelum keadaannya semakin parah dengan kesedaran untuk kembali kepada sinar Islam dan hidayah Allah (SWT). Apabila semua hati anggota masyarakat dalam keadaan bersih dan sihat nescaya hidup masyarakat akan jadi aman, maju dan dipandang mulia.



Biasanya apabila berlaku kekejaman Yahudi ke atas umat Islam Palestin, seluruh dunia akan berdemonstrasi di hadapan kedutaan Israel, Amerika Syarikat dan negara-negara kuasa besar dunia yang lain.

Berbeza dalam isu terkini yang berlaku di Gaza. Sebagai membantah kekejaman ini, umat Islam di negara-negara Arab bukan sahaja berdemonstrasi di hadapan kedutaan Israel dan Amerika Syarikat, tetapi mereka berhimpun di hadapan kedutaan Mesir dengan melaungkan slogan yang mengecam pemimpin Mesir, Jordan, Arab Saudi dan lain-lain.

Kalau dahulu, mereka melaungkan slogan, "Khaibar, khaibar ya yahud, jaizyu Muhammad saufa ya'ud," kini mereka menukarkannya kepada slogan baru, "Khaibar, khaibar ya yahud, Mubarak 'aduwwullah!".

Kenapa marah sangat umat Arab kepada pemimpin-pemimpin Arab? Kalaupun pemimpin Arab itu jahat, bukankah Yahudi lebih jahat. Yahudi yang bunuh umat Islam Palestin. Yahudi yang rampas tanah orang Islam Palestin. Yahudi yang tabur bom ke atas bumi Gaza.

Orang-orang Arab kata, "Ya, memang Yahudi yang bunuh umat Islam. Memang Yahudi yang hancurkan bumi Gaza. Tetapi mereka tidak akan berani berbuat demikian jika tidak mendapat isyarat daripada pemimpin-pemimpin Arab."

"Ini bukan kali pertama. Dahulu ketika tentera Mesir hampir menang menentang tentera Yahudi (1938) selepas dibantu oleh ahli-ahli gerakan Ikhwanul Muslimin, pemimpin Mesir merasa bimbang. Mereka bimbang kemenangan ini akan membuatkan gerakan Islam jadi kuat dan mengancam kedudukan mereka di tampuk kuasa."

"Tentera Mesir dikerah pulang. Orang Ikhwan juga diperintah balik. Bila sampai di Kaherah, mereka ditangkap beramai-ramai dan disiksa di dalam penjara Mesir (bukan penjara Israel). Hasan Al Bana yang mengepalai mujahidin Mesir dibunuh di Syari' Ramsis."

"Hari ini peristiwa yang sama berulang. Hamas mendapat sokongan majoriti rakyat. Pemimpin Mesir dan pemimpin-pemimpin sekular negara-negara Arab sedar bahawa Hamas adalah gerakan Islam. Sedangkan Fatah sekular. Kalau dibiarkan Hamas menang di Palestin, bermakna ideologi sekular pemimpin Arab juga bakal menemui kehancuran. Maka mereka cuba memberi jalan seluasnya kepada Israel untuk menghancurkan Hamas."

Soviet Union 'balik kampung'

"Biar bumi Palestin hancur. Biar umat Islam habis terbunuh. Demi untuk melihat Hamas tidak lagi berkuasa di Palestin. Inilah pegangan pemimpin-pemimpin Arab."

Pandangan majoriti rakyat Arab ini ada benarnya. Umat Islam Palestin tidak mendapat bekalan senjata mahupun makanan dan perubatan dari negara-negara sebangsa dan seagama dengan mereka. Pintu sempadan di tutup.

Pada tahun 2002, empat orang pejuang Palestin ditembak mati oleh tentera Jordan (Arab/Islam) di sempadan Palestin-Jordan kerana cuba membawa masuk bantuan dari Jordan ke Palestin. Bukan tentera Israel yang tembak mereka. Tetapi tentera Jordan! Tentera Israel yang berada di sebelah sana hanya memerhatikan dari jauh sambil tersenyum.

Begitu juga dengan sempadan Palestin-Mesir. Ia ditutup rapat sejak sekian lama. Apabila tentera Yahudi undur dari Rafah/Gaza dua tiga tahun lalu, rakyat Palestin cuba meruntuhkan tembuk sempadan. Namun kemudiannya dibina kembali oleh Mesir. Seolah-olah Mesir sengaja mengurung rakyat Palestin untuk diratah oleh Yahudi.

Tidak ada apa yang boleh disalurkan ke Palestin menerusi sempadan negara-negara Arab. Justeru, tidak hairanlah kita melihat di dalam TV bagaimana umat Islam Palestin terpaksa menghadapi serangan kereta kebal Israel dengan hanya melontar batu ke arah mereka.

Pejuang-pejuang dari negara umat Islam juga tidak dapat masuk ke Palestin untuk sama-sama berjuang membantu saudara seagama mereka di Palestin. Mereka hanya mampu berdoa dari jauh.

Ingatkah saudara kepada peristiwa di Afghanistan pada tahun 1979. Apabila Soviet Union menceroboh bumi Afghan, umat Islam bangun menentang. Cantiknya, beberapa tahun kemudian, Pakistan yang dipimpin oleh Jeneral Zia ul Haq membuka pintu sempadan. Peluang ini lantas direbut oleh umat Islam dari pelbagai negara untuk pergi ke Afghanistan, dengan membawa bantuan kewangan, senjata, makanan dan sebagainya bagi membantu umat islam Afghan.

Muncullah nama-nama pejuang seperti Dr Abdullah Azam (dari Palestin), Syeikh Tamim Al Adnani, Syeikh Usamah bin Laden (dari Arab Saudi), Dr Abd Majid Zandani (dari Yaman), Aiman Az Zawahiri (dari Mesir) dan lain-lain pejuang yang sangat dikagumi oleh rakyat Afghan. Hasilnya, Soviet Union bukan sahaja terpaksa balik kampung dengan sungguh menghinakan, bahkan kerajaan negara berkenaan tumbang tanpa perlu mujahidin menyerang. Mereka kalah di Kabul, mereka tumbang di Moskow.

Dengan kemenangan itu juga, satu demi satu negara jajahan mengisytiharkan diri keluar dari kesatuan USSR. Yang tinggal hanya Russia sahaja.

( Artikel ini diterbitakn di Harian Metro Ahad 21 Mei 2006) :
Oleh :
Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman
RHB Islamic Bank Berhad
Alhamdulillah, minggu lepas kita telah dapat mengenali dengan ringkas Riba al-Duyun yang muncul dari kontrak hutang. Perlu di fahami bahawa dalam konteks semasa, riba jenis Duyun ini amat banyak berlaku terutamanya dalam industri perbankan dan kewangan.


Pada minggu ini, penulisan ini akan mendedahkan pula jenis Riba yang kedua, ia juga tidak kurang banyaknya berlaku dalam masyarkat Malaysia.
• Riba al-Buyu’ (Muncul dari Jual Beli Barangan Ribawi) : (Rujuk Mughni al-Muhtaj, Khatib Ash-Sharbini, 2/28 ; Al-Bada’I As-Sonai’ , Al-Kasani, 5/183 ; Qadhaya Iqtisodiyyah Mu’asiroh, Dr Sulaiman Al-Asyqar, 2/592 )
Keterangannya : Iaitu ketidaksamaan pada berat atau kuantiti pertukaran dua item ribawi atau pertukarannya di buat secara tangguh. Ia pula terbahagi kepada dua (2) jenis iaitu :-
a. Riba An-Nasak : Iaitu berjual beli atau bertukar antara dua item Ribawi yang SAMA JENIS secara tangguh (tidak disempurnakan dalam satu masa).
Contohnya :-
i- 5 gram emas di jual dengan harga RM200; atau RM3,800 dijual dengan harga USD1,000 secara tangguh
ii. 10 kg beras dijual dengan 15 kg gandum secara tangguh;
Riba akan muncul apabila transaksi di atas berlaku secara tangguh. Dalam konteks semasa, Riba akan berlaku apabila wanita masa kini membeli emas secara tangguh.
Ia adalah termasuk di dalam Riba An-Nasak.

b. Riba al-Fadhl : Iaitu berjual beli atau bertukar antara dua item Ribawi yang SAMA JENIS dengan berbeza kadar berat (jika dijual secara timbang) atau kuantitinya (jika dijual secara bilangan kuantiti).
Contohnya :
i – Menukar 5 gram emas (jenis 916 ) dengan 6 gram emas (jenis kualiti 750) : HARAM kerana sepatutnya kedua-duanya 5 gram.
ii. Menukar atau menjual 10 gram Beras Basmathi dengan bayarannya 15 gram beras jenis A1 : HARAM kerana kedua-duanya sepatutnya 10 gram.
Dalam kedua-dua contoh di atas, terdapat 2 syarat yang wajib di penuhi agar terhindar dari Riba Al-Fadhl dan An-Nasak, iaitu : Pertama : Mesti sama beratnya (walaupun berbeza kualiti dan nilainya). Kedua : Transaksi pertukaran itu mestilah di lakukan dalam satu masa atau satu majlis ( ertinya, kedua-dua penjual dan pembeli tidak boleh berpisah sebelum menyerahkan item masing-masing)

Jenis Jenis Matawang Jenis Makanan Asasi
Emas Perak Gandum Barli Tamar Garam
Matawang Emas
Perak
Makanan Gandum
Asasi Barli
Tamar
Garam

Petunjuk Syarat pertukaran antara keduanya mesti pada masa yang sama

Syarat mesti sama masa dan sama jumlah dan nilainya

Bebas dari kedua-dua syarat di atas
Rajah : Menunjukkan Displin Islam Dalam Hal Item Ribawi

Hukuman Riba
Imam An-Nawawi rh berkata : “Telah Ijma’ seluruh ulama Islam tentang pengharaman Riba dan ianya termasuk dalam kategori dosa besar, dan dikatakan juga Riba diharamkan oleh semua agama , antara yang berpendapat demikian adalah Imam Al-Mawardi” (Rujuk Al-Majmu’, 9/391 )
Adalah menjadi fenomena yang amat malang bagi umat Islam, apaibila mereka amat leka dan tidak ambil endah tentang besarnya dosa Riba. Justeru di sini, saya sertakan beberapa nas al-Quran dan al-Hadith yang menerangkan perihal besarnya dosa riba.
1. Pemakan dan Pemberi Riba Perangi Allah SWT dan Rasulullah SAW.
Firman Allah SWT :
Ertinya : “Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki Riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidal meninggalkannya, istisharkanlah perang dengan Allah dan RasulNya” (Al-Baqarah : 278 )
Dalam ayat ini jelas menunjukkan bahawa sesiapa yang enggan dan masih berdegil untuk meninggalkan saki baki riba dalam kehidupannya dengan sengaja, maka ia akan berada dalam posisi peperangan dengan Allah SWT dan RasulNya.
Zahir ayat ini juga membayangkan peperangan itu juga berlaku sejak di dunia lagi, amat malanglah bagi seseorang dan pemimpin yang kurang mengambil endah akan hal ini.

Ibn Abbas r.a di riwayatkan berkata :
Ertinya : “Akan dikatakan kepada pemakan riba di hari kiamat : ambillah senjata kamu untuk berperang dengan Allah SWT” ( Jami al-Bayan ‘An Takwil Ayyi Al-Quran, At-Tabari, 3/68 ; Ad-Durru Al-Manthur, As-Suyuti, 3/366)
Berkatalah Abu Hanifah rh pula : “ Inilah ayat di dalam Al-Quran yang paling menakutkan” (Rujuk At-Tabari, Hamisyh An-Naisaburi, 4/73)
Imam Malik Bin Anas rh pula berkata :
Ertinya : “Telah ku membuka lembaran-lembaran Kitab Allah dan Sunnah Nabi SAW dan tidak ku dapati (dosa) yang lebih buruk dari Riba, kerana Allah SWT dalam mengistiharkan atau mengizinkan perang ke atasnya” ( Al-Jami’ Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 3/364 )
Berkata Imam Qatadah rh : “ Allah menjanjikan ahli Riba dengan hukuman bunuh, dan akan mendapatkannya dimana sahaja mereka berada” ( at-Tabari, 3/72 )
1. Kehilangan Berkat Harta dan Kehidupan.
Allah SWT berfirman :
Ertinya : “Allah menghancurkan keberkatan kerana Riba dan menambahkan keberkatan dari sedeqah” ( Al-Baqarah : 276 )
Kehilangan berkat itu akan berlaku di dunia dan di akhirat:-
• Di Dunia : Bentuk-bentuk kehilangan berkat harta orang terlibat dengan riba adalah dengan mudah hilang dan habisnya harta dari pemilik dalam bentuk yang tidak berfaedah, sehinggalah ia akan merasa miskin dan faqir (walaupun ia mempunyai wang yang banyak), antaranya juga harta tadi akan menjadi sebab ringanya pemilik untuk melakukan maksiat, kefasikan, dan menghinakan diri di sisi Allah SWT, hilanglah sifat amanah, cenderung kepada rasuah, penipuan, dan tamak haloba. Ia juga bakal di timpa ujian harat yang banyak, seperti di rompak, curi, khianat, dan doa orang yang terkena zalim darinya juga lebih maqbul ( Az-Zawajir ‘an ‘iqtiraf al-Kabair, Ibn Hajar al-Haithami, Dar al-Ma’rifat, Beirut, 1982 , 1/224) . Sabda Nabi SAW dari Ibn Mas’ud r.a :-
Ertinya : “Sesungguhnya Riba walaupun lumayan (dari sudut kuantiti) tetapi hasilnya ia akan membawa kepada sedikit dan papa” ( Riwayat Ahmad, no 3754 , 1/395 ; Al-Hakim mengatakannya sohih, Ibn Hajar mengatakan sanadnya hasan ( Fath al-Bari, 4/399 )
• Di Akhirat : Berkatalah Ibn Abbas r.a :
Ertinya : “Tidak diterima dari pemakan riba ( yang menggunakan harta riba tadi) sedeqahnya, hajinya, jihadnya dan persaudaraannya” ( Al-Jami’ li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 3/362 ; Az-Zawajir ‘An ‘Iqtiraf al-Kabair , ibid, 1/224)


• Seperti Berzina Dengan Ibu Bapa Sendiri
Nabi SAW bersabda :
Ertinya : “ Riba mempunyai 73 pintu, Riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya.. ” (Ibn Majah, 2/764 ; Al-Hakim, 2/37 Al-hakim: Sohih menurut syarat Al-Bukhari dan Muslim)
1. Lebih Berat dari 36 Kali Zina.
Nabi SAW bersabda :
Ertinya : “Satu dirham Riba yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan ia mengetahuinya lebih buruk dari berzina sebanyak 36 kali” ( Musnad Ahmad , 2/225 ; Ad-Dar Qutni, hlm 295 ; Albani mengatakan sohih dalam Ghayatul Maram fi Takhrij Hadith Al-Halal wal Haram lil Qaradhawi, hlm 103 )
1. Salah satu dari Tujuh Dosa Terbesar
Ia berdasarkan hadith nabi SAW :
Ertinya : “Jauhilah tujuh dosa besar, Syirik, Sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina ( tanpa saksi adil) “ ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
- bersambung -

Falsafah Umum

Falsafah umum perniagaan yang menjadi asas kehidupan Muslim.

Falsafah ialah pegangan individu atau masyarakat mengenai ketuhanan, manusia, kebahagiaan dan persoalan-persoalan asas kehidupan. Falsafah ini akan menentukan sikap seseorang itu terhadap dirinya, orang lain dan kerjanya. Sikap ini akan memberikan kesan terhadap tindakan dan gelagatnya dalam mengendalikan kerjanya.

FALSAFAH ISLAM ADALAH DIASASKAN OLEH TAUHID.

Definasi tauhid : secara umumnya ia bermaksud mengakui dan mempercayai keesaan Allah.
Kepercayaan dan keyakinan ini merangkumi perkara-perkara berikut:
Adanya tuhan langit dan bumi.
Ia pencipta keduanya dan segala yang ada diantara keduanya.
Ia pemilik segala yang ada dialam ini.
Pemberi rezki kepada setiap yang hidup.
Pentadbir setiap perkara.
Mengesakan Allah dengan ibadat.
Taat sepenuhnya dan tunduk kepadanya serta tidak menyembah kecuali kepada dia sahaja.
Melaksanakan perintahnya dalam segala aspek kehidupan.

KESAN TAUHID DALAM KEHIDUPAN MANUSIA(1)

A. Memberikan Misi Yang Jelas Dalam Setiap Pekerjaan.

Misi setiap muslim yang diserapkan dengan tauhid ialah untuk melaksanakan perintah Allah dalam setiap aspek kehidupannya - dalam kehidupan individu, berkeluarga, masyarakat dan bernegara. Dalam sistem ekonomi, politik dan sosial.
Dalam setiap aktiviti dan kegiatannya dia akan berusaha untuk melaksanakan apa yang dituntut oleh Islam. Apa yang dikehendaki oleh Allah itulah apa yang akan dibuat olehnya.
Dengan cara ini manusia muslim akan memperolehi matlamat yang unggul iaitu `Al-Falah' iaitu kebahagiaan dunia dan akhirat.
sekiranya ditanya `apakah misi organisasinya atau pekerjaanya'. Dia akan menjawab `sebagaimana yang dituntut oleh Islam'. Untuk tujuan ini, ilmu pengetahuan yang sesuai adalah diperlukan supaya dia tahu apa yang dituntut oleh Islam itu dalam pekerjaannya dan hidupnya.

B. Membebaskan Manusia.

Dalam peperangan Qadisiyah apabila Rib'i b. `Amir berdiri dihadapan ketua perang Parsi, Rustam untuk menjelaskan matlamat kedatangan Islam, beliau menjawab:
`.........Dan untuk membebaskan manusia daripada memperhambakan diri kepada manusia kepada memperhambakan diri kepada Allah, daripada kesempitan dunia kepada satu dunia yang lebih luas dan daripada penindasan agama lain kepada keadilan Islam'
__________________________
(1) Al-Qardawi Yusuf "Pengertian Tauhid" terjemahan AbdulMajid Abdullah, Pustaka Salam, 1987.
Dengan tauhid kita dapat diselamatkan dari tunduk kepada manusia dan terkungkung dengan pendapat seseorang. Dengan ini jiwa manusia dan hidupnya bebas dari tunduk, merendah, menghina dan menyerah kepada yang lain dari Allah.

C. Membentuk Peribadi Yang Seimbang

Peribadi yang seimbang atau `Balanced Personality' banyak disebut oleh `guru-guru pengurusan' barat atau western `Management Gurus' termasuklah Stephen Covey. Secara teorinya ianya sesuatu yang boleh diperkatakan. Tetapi secara praktisnya, ianya hanya boleh dibentuk dalam satu masyarakat yang beragama.
Masyarakat sekular tidak akan dapat melahirkan peribadi yang seimbang walaupun ianya disebut berulang-ulang kali.

Peribadi seimbang yang dilahirkan melalui tauhid ialah seimbang dari aspek roh dan jasadnya, `akal dan nafsunya, ilmu duniawi dan akhirat, manusia yang inovatif dan kreatif, sabar dan tegas, mempunyai visi dan misi dalam kehidupannya serta cekap dan ikhlas dalam memberikan sumbangan yang positif kepada masyarakat dan bersifat proaktif dalam menangani permasalahan dalam kehidupannya, serta berjaya dalam hidup didunia dan persediaannya untuk akhirat. Seimbang juga bermaksud mampu melahirkan suasana yang baik samada dipejabat atau organisasinya dan dirumahtangganya. Semuanya dalam keadaan yang stabil dan harmoni.

D. Sumber Kebahagiaan Dan Ketenangan Jiwa

Stephen Covey, salah seorang guru pengurusan terkenal telah menyebut satu masalah yang biasa kita dengar dikalangan `Top Executives' dan ahli perniagaan yang telah berjaya:
`Everyone tells me i'm highly successful. I've worked and scraped and sacrificed, and i've made it to the top. But i'm not happy. Way down inside i have this empty feeling. It's like the song says,'is that all there is?
most of the time, i just don't enjoy life.....(first things first)
Sebenarnya dengan tauhid hati seseorang dapat dipenuhi dengan keamanan dan ketenangan. Ia telah menutup pintu ketakutan, takut tentang rezki, takut kepada ajal, takut kepada diri, takut kepada keluarga dan anak-anak, takut kepada manusia dan takut kepada mati.
Adapun seseorang mukmin yang mentauhidkan Allah, ianya tidak takut kepada sesuatu atau seseorang kecuali hanya kepada Allah.
Sebab itu ia sentiasa dalam keadaan bahagia dan tenang.

E. Tauhid Asas Persaudaraan Dan Persamaan

Persaudaraan dan persamaan tidak akan tercapai dalam kehidupan manusia, bila terdapat dikalangan manusia ada yang menjadi tuan kepada manusia lain. Tetapi bila semua manusia itu dikira sebagai hamba Allah maka ianya adalah sebagai punca dan asas persaudaraan dan persamaan diantara sesama manusia.
Hatta dalam pekerjaan sekalipun semangat ini jelas kelihatan sebagaimana yang disebut dalam sebuah hadis Rasulullah yang bermaksud:
`Pekerja kamu adalah saudara kamu. Mereka yang bekerja dengan kamu telah dijadikan tunduk dibawah kamu oleh Allah.'
Apabila kita percaya kepada Allah yang esa dan seterusnya mengabdikan diri seluruhnya kepada Allah maka akan lahir satu keadaan dimana mereka yang berbuat demikian akan bersaudara tidak ada perbezaan kaum dan tidak ada perbezaan warna kulit.

F. Kesan Tauhid Terhadap Akhlak

Kesan daripada perkara diatas akan lahir individu-individu yang berakhlak mulia dan amanah. Dia seorang yang konsisten dalam menjalankan tugasnya dengan cekap dan penuh tanggungjawab(akauntabiliti) kerana ikatannya hanyalah kepada Allah dan tidak pada orang lain.

KONSEP MANUSIA

Dalam Islam manusia adalah gabungan ruh dan jasad. Oleh itu kedua-dua unsur ini haruslah dibangunkan dan dipertingkatkan.
Imam al-Ghazali telah menggariskan empat jalan untuk mencapai kebahagian iaitu:
a. Memenuhi keperluan ruh
b. Memenuhi keperluan jasad
c. Memenuhi keperluan luaran
d. Memenuhi keperluan kepada petunjuk ilahi
Disamping itu manusia adalah `Khalifatullah fi Al-ardh' yang diberi amanah untuk membangunkan alam ini oleh Allah. Segala apa yang ada dibumi adalah milik Allah dan manusia diberikan hak sementara. Manusia akan disoal oleh Allah terhadap apa yang dibuat dengan harta yang diperolehinya.

Oleh itu kriteria yang digunakan oleh manusia untuk membuat keputusan tidak hanya dibatasi oleh dunia ini sahaja tetapi juga merangkumi alam akhirat.


FALSAFAH PERNIAGAAN.

Falsafah perniagaan dalam perspektif barat adalah sebahagian daripada misi institusi perniagaan itu yang menggabungkan 3 aspek penting:
1. Tujuan - kenapa institusi atau organisasi perniagaan itu wujud?
2. Strategi
3. Nilai dan etika kerja - polisi dan etika yang memandu sesuatu perniagaan dalam operasinya. Ia menjelaskan bagaimana seseorang pengurus perniagaan dan pekerja seharusnya bertindak.

TUJUAN
Secara umumnya tujuan atau `purpose' perniagaan dari perspektif barat ialah untuk mendapat keuntungan. Walaubagaimanapun matlamat perniagaan telah malalui perubahan peradigma. Bukan hanya untuk mendapatkan keuntungan tetapi juga untuk memenuhi tanggungjawab sosial. Perubahan ini adalah kesan daripada pengalaman masyarakat barat yang telah merasai kepahitan dari kualiti yang rendah dan keselamatan yang tidak terjamin apabila keuntungan sahaja yang menjadi tujuan perniagaan. Malah mereka menganggap tanggungjawab sosial sebagai satu cara untuk meningkatkan imej sesuatu organisasi perniagaan dalam sebuah masyarakat. Dengan cara ini dari sudut jangka panjang syarikat tersebut akan dapat meningkatkan permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan.

Ada berbagai-bagai tanggapan dikalangan ketua-ketua eksekutif atau pengurus-pemgurus syarikat dibarat mengenai tujuan atau falsafah perniagaan:
1. Untuk kebajikan pemegang-pemegang saham syarikat.
Untuk kebajikan pengguna
3. Untuk kebajikan pemilik-pemilik syarikat(perkongsian)
4. Untuk kepentingan pemegang saham, pekerja, pengguna dan `suppliers'
5. Untuk meningkatkan kualiti kehidupan bagi lelaki dan wanita yang bekerja( yang tidak menjejas alam sekitar, atau meningkatkan perkhidmatan pengguna, etc). Sesuatu yang melewati batas kepentingan diri keempat-keempat golongan tersebut. Sesuatu yang memberi `sense of mission' kepada syarikat tersebut.

STRATEGI

Ini menentukan logik perniagaan itu. Pihak pengurusan harus mengenalpasti suasana atau keadaan pasaran tempat ia akan bersaing. Ia harus juga menentukan apakah ciri kekuatan yang membolehkannya berada dalam keadaan yang selesa dan dominan. Umpamanya, strategi untuk mengeluarkan barangan yang berkualiti tinggi.

NILAI DAN ETIKA

Ini menjelaskan bahawa perkara-perkara dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh sese uab syarikat dan mereka yang mempunyai hubungan dengannya bukan sahaja baik dari sudut strategi untuk meningkatkan jualan tetapi ianya juga baik dalam ertikata yang sebenarnya. Hanya apabila seseorang pekerja itu mempunyai nilai peribadi yang selari dengan nilai organisasi atau syarikat yang dia bekerja, komitmen serta penglibatannya akan bertambah. Aspek yang perlu diberi penekanan,
- Kerjasama dan perundingan sebagai satu pasukan.
- alam sekitar
- hubungan pihak pengurusan dan pekerja, pengguna dan sebagainya.
- Kualiti barangan yang tidak memberikan kesan negatif kepada kesihatan.
Berdasarkan pandangan barat organisasi atau syarikat itu akan berjaya apabila perkara-perkara ini digabungkan iaitu, apabila strategi, nilai dan etika digabungkan dengan satu tujuan yang unggul yang melewati batas kepuasan kumpulan-kumpulan tertentu.

BAGAIMANA DENGAN KEUNTUNGAN SEMATA-MATA

Sesebuah syarikat tidak akan hidup dengan hanya memikirkan keuntungan semata-mata dan mengenepikan aspek-aspek lain dari sudut jangka panjang. Dia dapat `Survivie' dari sudut jangka pendek.
Tetapi apabila masyarakat dapat menilai kesan barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan serta perkhidmatan pengguna atau pembeli yang disediakan maka syarikat tersebut akan menerima kesan yang buruk.
Akhirnya jualan dan keuntungannya akan mulai menurun kerana tidak kompetitif dari sudut kualiti dan perkhidmatan(bagaimana kita melayani pembeli etc., mengakui kesilapan, senyuman menghadapi pembeli yang rumit, etc).

FALSAFAH PERNIAGAAN ISLAM

Falsafah perniagaan Islam lahir daripada falsafah kehidupan yang telah ditentukan oleh Islam. Berbeza dengan barat dimana falsafah perniagaan mereka bertukar atau berubah berdasarkan pengalaman mereka.

TUJUAN SYARIKAT ATAU PERUSAHAAN DIWUJUDKAN

Tujuan tidak boleh dipisahkan daripada falsafah Islam yang diasaskan oleh tauhid. Ia mencerminkan kesan tauhid dalam kehidupan manusia sebagaimana yang telah disebutkan.

MEMENUHI TANGGUNGJAWAB AGAMA

Di antara tujuan perniagaan diwujudkan ialah memenuhi tuntutan agama.
A. Ini Sesuai Dengan Tujuan Syari'at Diturunkan.
Syari'at Islam diturunkan untuk memenuhi tahap dharuriyyah(keperluan asas) manusia
yang didefinasikan sebagai pemeliharaan 5 perkara asas untuk kehidupan manusia iaitu:
1. Agama
2. Nyawa
3. Akal
4. Keturunan
5. Harta

Masa'lih - segala yang memelihara salah satu atau kelima-lima atau daripada perkara ini.
Mafa'sid - segala yang boleh memberi kesan negatif keatas salah satu atau kelima-lima perkara ini.

Oleh itu Islam mengharamkan mafa'sid dalam kegiatan perniagaan kerana jelas ia boleh memberikan kesan yang negatif terhadap pencapaian dharuriyyah iaitu pemeliharaan kelima-lima perkara ini. Umpamanya, arak diharamkan oleh Islam.
1. Kita boleh memahami rasionalnya dengan menganalisa kesan negatif arak terhadap agama, nyawa, akal, keturunan dan harta manusia.
2. Apabila ianya boleh menjejas perkara-perkara ini ia akan merosakkan kehidupan bermasyarakat, menjejas ketahanan masyarakat dan nasib masa depan generasi akan datang. Perceraian, homoseksual, anak luar nikah, jenayah serta ketidakstabilan politik akan berleluasa.
3. Apabila perkara yang mafa'sid ini ditegah dan tidak dibenarkan untuk diperniagakan atau di keluarkan maka akan lahir masyarakat yang sihat, berakhlak mulia, produktif dan berkualiti tinggi.
Oleh itu kegiatan perniagaan dalam Islam adalah satu ibadah yang sekiranya dilakukan dengan niat yang ikhlas serta bersesuaian dengan kehendak syari'at Islam akan mendapat keredhaan Allah.
Ini selari dengan satu kaedah fiqh yang berbunyi:
Sesuatu itu wajib apabila yang wajib tidak dapat dilaksanakan tanpanya.
Memenuhi tanggungjawab terhadap diri dan kehidupan sosial sesuai dengan kesan falsafah yang diasaskan oleh tauhid, tujuan kewujudan sesuatu syarikat ialah untuk memenuhi tanggungjawab berikut: (2)
Keperluan diri secara sederhana
Keperluan keluarga
Keperluan masa depan. Membantu dalam menghadapi perkara-perkara yang datang tanpa diundang
Keperluan anak-anak akan datang
Perkhidmatan dan sumbangan sosial, termasuk berusaha untuk menegakkan agama Islam, membantu kearah pencapaian matlamat negara seperti membasmi kemiskinan, menyediakan pekerjaan, menstabilkan harga, keselamatan,dll.

B. PEMBANGUNAN MENTAL, SPIRITUAL DAN JASMANI MANUSIA

Oleh itu jelas bahawa dalam Islam falsafah perniagaan ialah untuk membangunkan spiritual, mental dan jasmani manusia supaya manusia dapat melaksanakan tugasnya sebagai Khalifatullah fi Al-ardh' dengan sebaik mungkin.
_________________________
(2) Siddiqui, M.N , The Economic Enterprise in Islam, Islamic Publications Ltd, 1988.
Rasulullah S.A.W Bersabda:
`Sesungguhnya kefakiran itu mendekatkan diri kepada kekufuran'
Rasululah S.A.W Bersabda:
`Tidak salah harta ditangan orang yang bertakwa'

C. HARTA SEBAGAI ALAT BUKAN MATLAMAT

Dalam Islam apa sahaja yang kita lakukan untuk mencari harta adalah dilihat sebagai alat untuk mencapai matlamat yang unggul iaitu untuk mentaati Allah dalam semua aspek kehidupan kita.
Sebagaimana yang disebut dalam al-Quran:
`tidakku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembah aku'
(az-zariat, ayat 56)
Oleh itu termasuk diantara tujuan perniagaan ialah untuk usahawan mendapatkan keuntungan kerana itu merupakan hak yang diberikan kepada mereka kerana usaha dan risiko yang harus mereka tanggung.

D. CONTOH DIZAMAN AWAL ISLAM

Kita akan dapati bahawa ramai sahabat-sahabat Rasulullah yang telah berjaya sebagai pedagang dan peniaga walaupun pada awalnya mereka menghadapi banyak kesukaran dan rintangan. Malah boleh dikatakan bahawa Rasulullah telah berjaya melahirkan satu masyarakat perdagangan yang tumbuh dengan cepat selepas penghijrahan baginda ke Madinah.

PERNIAGA DAN USAHAWAN DILAHIRKAN MELALUI MOTIVASI

Rasulullah sebagai ketua negara telah memberikan motivasi dan galakkan kepada rakyat negara Islam dalam hal perdagangan.
Rasulullah telah bersabda:
`Didorang atas kamu ialah perniagaan kerana didalamnya ialah sembilan perspuluh daripada rezeki'.
Zubair Bin Awwam
Semasa hijrah Rasulullah ke Madinah Zubair telah pergi ke Syria untuk berniaga. Kemudian beliau mengikuti jejak Rasulullah ke Madinah dan meninggalkan segala hasil perniagaannya di Mekah.
Semasa beberapa tahun di Madinah Zubair hanya memperolehi pendapatan yang sedikit dari bidang pertanian. Dia terpaksa menghadapi banyak rintangan dan dugaan. Kemudian berkat kesabaran dan ketabahan beliau telah memulakan bidang perniagaan dan akhirnya menjadi orang yang kaya di Madinah.

Abdul Rahman Bin Auf

Beliau merupakan seorang pedagang yang cekap dan pandai berniaga. Beliau merupakan pedagang yang terkaya di Mekah. Apabila beliau memeluk Islam beliau telah meninggalkan segala hartanya di Mekah dan ikut berhijrah ke Madinah.
Sampai di Madinah beliau terus mencari pasar untuk berniaga dan mampu bersaing dengan golongan pedagang yang sudah lama berdagang disana dan kemudian menjadi kaya.

Othman Bin Affan

Beliau merupakan seorang sahabat yang mempunyai latar belakang pendidikan yang baik dan merupakan diantara sejumlah kecil yang mampu membaca dan menulis di Mekah. Apabila beliau dewasa beliau telah membabitkan diri dengan kegiatan perniagaan dan berjaya memperolehi keuntungan yang banyak.
Apabila beliau berhijrah ke Madinah beliau telah membantu umat Islam yang dalam kehausan dengan membeli sebuah telaga kepunyaan orang yahudi dengan harga 35,ooo dirham kerana orang yahudi tidak membenarkan orang Islam menggunakannya.

KEUNTUNGAN DAN ETIKA PERNIAGAAN

Sebagaimana yang disebut diatas bahawa keuntungan adalah sesuatu yang menjadi hak kepada seseorang usahawan dari pandangan Islam. Keuntungan yang diperolehi itu harus digunakan berdasarkan apa yang menjadi tujuan kewujudan sesuatu syarikat itu.

Sebagaimana yang disebut oleh Saidina Ali :
`Adalah menjadi hak kepada pedagang untuk memperolehi keuntungan atas usaha mereka menyediakan barangan yang berguna kepada masyarakat'(warkah beliau kepada malik bin al-haris sewaktu perlantikan sebagai gabenor mesir)
Walaubagaimanapun keuntungan seharusnya diperolehi melalui usaha-usaha dan kegiatan yang tidak bercanggah dengan etika perniagaan yang ditetapkan oleh Islam.

APAKAH ITU ETIKA PERNIAGAAN

Etika ialah satu perkataan yang datang dari bahasa Greek `Ethos' yang memberi maksud `Code Of Human Conduct' atau peraturan yang membatasi gelagat manusia. Oleh itu apabila disebut etika perniagaan ia memberi erti peraturan-peraturan yang membatasi gelagat atau tindakan manusia dalam kegiatan perniagaan.

SUMBER ETIKA PERNIAGAAN

Etika perniagaan adalah diperolehi daripada dua sumber utama hukum Islam iaitu al-Qur'an dan as-Sunnah. Sabda Rasullulah "Aku tinggalkan kerana 2 perkara sekiranya kamu pegang kedua-duanya kamu tidak akan sesat selama-lamanya. Selain daripada itu ia juga dibincangkan oleh ulama'-ulama' dalam satu cabang daripada ilmu fiqh iaitu fiqh al-mu'amalat.
Secara umumnya adalah penting untuk kita memahami maqa'sid al-shari'ah atau tujuan shariah untuk menentukan bentuk dan kandungan kegiatan perniagaan kita (apa yang hendak dikeluarkan, bagaimana dan mengapa).

Dengan memahami etika perniagaan kita akan dapat memastikan perniagaan kita akan diredhai oleh Allah. Kita perlu menjawab soalan-soalan ini dengan berpandukan etika perniagaan Islam:
1. Bolehkah perkhidmatan atau barangan ini dikeluarkan? Kalau tidak boleh kenapa?
2. Kalau boleh, adakah kandungan barangan tersebut dibenarkan dari sudut halal atau haramnya, dan dari sudut kualiti agar ia tidak merosakkan kesihatan akal dan jasmani pengguna.
3. Adakah cara pemasaran barangan dan perkhidmatan tersebut bertentangan dengan etika Islam?
4. Adakah upah yang diberikan kepada pekerja kita berpatutan dengan kerja yang dibuat? Bagaimana dengan suasana pekrjaan, adakah sesuai untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti?
5. Adakah kerja memproses barangan dan perkhidmatan memberi kesan negatif kepada alam sekitar?
Adakah pembiayaan kewangan bagi mengeluarkan barangan atau menyediakan
perkhidmatan tersebut sesuai dengan prinsip Islam?

ETIKA PERNIAGAAN ISLAM 'PRINSIP TIDAK MEMUDARATKAN' ATAU 'NO INJURY PRINCIPLE'

Dalam menggariskan etika perniagaan, Islam menjadikan 'Prinsip Tidak Memudaratkan' atau 'No Injury Principle' sebagai asas penting. Prinsip ini merujuk kepada peraturan yang meggerakkan tindakan dan gelagat pimpinan serta pihak bawahan dalam hubungan sesama mereka dan yang memberi kesan di luar organisasi. Hubungan yang berasaskan prinsip 'tidak memudaratkan' ini menghalang atau mengurangkan sifat atau tindakan negatif terhadap orang lain, dengki mendengki, mementingkan diri sendiri atau tindakan yang boleh menyebabkan berlakunya ketidakadilan terhadap seseorang. Ia juga merjujk kepada kesan produk atau perkhidmatan terhadap pengguna dan alam sekitar.

Prinsip ini bersifat universal dan boleh dipraktikkan dalam semua aspek dan dimensi kehidpan manusia. Ia bukan sahaja melarang tindakan atau sikap yang memudaratkan orang lain tetapi juga memudaratkan diri sendiri. Apabila seseroang atau satu organisasi itu berusaha untuk tidak memudaratkan diri sendiri atau orang lain kehiudpan dan kegiatanya menjadi seimbang, keberkatan ilahi dan kecemerlangan dalam pencapaian matlamat perniagaan dapat di perolehi.
Dalam konteks pengeluaran dan perkhidmatan pengamatan prinsip 'tidak memudaratkan' ini akan memastikan bahawa sesebuah oraganisasi perniagaan atau syarikat itu tidak terlibat dalam perkara-perkara yang memudaratkan perkembangan mental, emosi, spiritual dan fizikal masyarakat dan individu. Aspek pemeliharaan alam sekitar juga akan diberi penekanan yang sewajarnya. Pengguna akan dapat kualiti produk dan perkhidmatan yang dikehendaki.
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Tidak mudarat dan tidak memudaratkan"
Ini bersesuaian dengan tujuan Syariat Islam diturunkan untuk memelihara lima perkara asas iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Segala perkara yang memelihara mana-mana perkara asas ini digalakkan (masa'lih) dan segala yang boleh memberi kesan negatif kepada salah satu daripada kelima-lima ini dilarang (mafa'sid).

Oleh itu Islam menekankan aspek kualiti dalam bentuknya yang menyeluruh. Prinsip 'tidak memudaratkan' akan meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan.

Dalam aspek pengurusan organisasi korporat prinsip ini sekiranya diserapkan di semua pringkat organisasi akan menjadi faktor motivaasi yang mendorong anggota-anggotanya untuk terlibat secara bersungguh-sungguh dalam menignkatakan produktiviti dan kualiti. Peter Drucker dalam buku beliau 'Managemant: Tasks, Responsibilities, Practices' telah menekankan bahawa profesionalisme dalam perniagaan menuntut supaya dipraktikkan 'Principle of nonmaleficence' atau 'do no harm'. Atas prinsip ini beliau membuat kesimpulan bahawa terdapat ramai eksekutif yang tidak bertindak secara profesional dalam kegiatan perniagaan mereka.
Pembentukan budaya korporat yang sihat akan terjejas sekiranya prinsip 'tidak memudaratkan' atau 'do no harm' tidak diamalkan.

Dalam menjalankan kegiatan perniagaan seseorang usahawan muslim itu seharusnya memastikan bahawa peraturan-peraturan berikut dipatuhi sesuai dengan prinsip tidak memudaratkan:

Niat Yang Betul

Seseorang usahawan muslim harus memastikan bahawa niatnya hanyalah untuk mencapai tujuan yang telah disebut diatas dan agar dia mendapat keredhaan Allah s.w.t. dalam segala aspek kehidupannya.
Sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah yang bermaksud:
`sesungguhnya amal itu bermula dengan niat'

Al-Adl Wal Ihsan

Salah satu daripada etika penting dalam perniagaan ialah melaksanakan `Al-Adl Wal Ihsan' atau keadilan dan ihsan.
Sebagaimana yang difirmankan oleh Allah dalam Al-Qur'an:
`sesungguhnya Allah menyuruh melakukan keadilan dan berbuat kebajikan serta memberi karib kerabat, dan melarang berbuat yang keji dan yang mungkar dan kezaliman. Dia mengajarkan kepadamu agar kamu mendapat peringatan'(surah an-nahl, ayat 90).
Ada beberapa etika penting yang dapat kita perolehi daripada ayat diatas:
1. Kita disuruh melakukan keadilan
2. Kita disuruh melakukan kebajikan
3. Kita disuruh memberi sadaqah
4. Kita dilarang membuat perkara yang keji dan mungkar
5. Kita dilarang membuat kezaliman
Oleh itu dalam kegiatan perniagaan kita harus melaksanakan keadilan, kebajikan, memberi sadaqah, serta tidak melakukan yang keji, mungkar atau menzalimi diri kita atau orang lain.

Keadilan Dalam Perniagaan

Keadilan bererti meletakkan sesuatu ditempatnya yang betul. Dalam konteks ini implikasinya ialah membuat tindakan atau keputusan sebagaimana yang dikehendaki oleh syari'at Islam. Ini
Oleh itu keadilan dalam konteks perniagaan memberi implikasi berikut:

1. Amanah Dan Benar Dalam Urusan Perniagaan

Tindakan dan keputusan yang berdasarkan sifat amanah dan kebenaran adalah perlu bagi memastikan urusan perniagaan itu adil dan setiap orang samada pembeli atau pengusaha mendapat haknya. Penipuan dan perpecahan akan dapat dielakkan sekiranya semua pihak bersifat amanah dan benar.
Dengan sifat ini usahawan akan mendapat untung yang sewajarnya dan pembeli akan mendapat barangan atau perkhidmatan yang sepadan dengan harga yang dibayar.
Rasulullah telah bersabda:
`penipuan membawa kepada neraka'
Oleh itu sebarang bentuk penipuan adalah haram.
Pada suatu hari Rasulullah telah berjumpa dengan seorang penjual gandum. Baginda telah memasukkan tangannya kedalam dan mendapati gandum dibawah basah. Baginda telah menegur penjual itu kerana tidak meletakkan gandum yang basah itu diatas supaya pembeli dapat melihatnya.
Baginda kemudiannya telah bersabda:
`barangsiapa yang menipu tidak termasuk dalam golongannya'
Baginda juga telah bersabda:
`Pedagang yang benar akan dibangkitkan pada hari akhirat beserta orang-orang yang benar dan para syuhada'
Surah Al-Mutaffifin
Amatlah jelas sekali pandangan Islam terhadap etika perniagaan apabila kita mengkaji ayat-ayat alquran yang di turunkan sebagai pertunjuk kepada manusia. Selain daripada banyak ayat-ayat dalam alquran yang menggariskan prinsip-prinsip dan etika perniagaan terdapat satu surah dalam alquran yang di beri nama `almutaffifin' yang memerlukan satu penelitian yang mendalam.
Almutaffifin Bermakna Orang Yang Curang.
`Kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang curang(curang dalam menakar dan menimbang')
Iaitu orang-orang yang apabila menerima takaran dari orang lain mereka minta di penuhi
Dan apabila mereka menakar atau menimbang untuk orang lain mereka mengurangi
Tidakkah orang-orang itu yakin bahawa sesungguhnya mereka akan di bangkitkan
Pada suatu hari yang besar
Sekali-kali jangan curang, kerana sesungguhnya kitab orang yang durhaka tersimpan dalam sijjin
Dalam ayat 1-7 surah al mutaffifin, terdapat beberapa pengajaran:
Allah menghina orang yang menipu atau menzalimi orang lain dalam perniagaan
Definasi orang yang menipu dalam surah ini ialah orang yang apabila melibatkan haknya dia meminta semuanya mengikut tempoh yang di tetapkan tanpa tangguh, tetapi apabila ia berkaitan dengan hak orang lain dia memberi kurang daripada sepatutnya
Allah mengaitkan perniagaan ini dengan akauntabiliti dan tanggungjawab kepada Allah swt di hari akhirat nanti
Orang yang yakin pada hari akhirat dan pembalasan tidak AKAN MENIPU dan berlaku zalim dalam perniagaan
Orang yang menipu dan zalim dalam perniagaan akan menerima siksaan yang berat daripada Allah swt di akhirat nanti.

MENYOROK BARANG DIHARAMKAN

Termasuk dalam sifat amanah dan benar ialah tidak menyorok barang. Dalam hadis Rasulullah:
`sesiapa yang menyorok barang dia berdosa'.
Menyorok barang adalah berbahaya kepada masyarakat dan negara kerana ia menyebabkan:
1. Kekurangan barang yang dikehendaki oleh masyarakat.
2. Menyebabkan harga akan meningkat dan tekanan terhadap kadar inflasi.

KAEDAH PEMASARAN YANG BERETIKA

Adalah selari dengan konsep amanah dan benar dalam perniagaan bagi seseorang usahawan untuk memastikan usaha untuk memasarkan barangan atau perkhidmatan dibuat dengan betul dan tidak bercanggah dengan etika Islam.
Seseorang usahawan, umpamanya harus memastikan bahawa sebarang bentuk pengiklanan atau promosi benar-benar mencerminkan kualiti dan kandungan barangan atau perkhidmatan agar seseorang pembeli itu tidak merasakan bahawa ianya ditipu.
Setiap penjual mahukan barang yang dijual membawa keuntungan yang banyak dan berlipat ganda, maka ia akan berusaha sedaya upaya mempengaruhi pembeli supaya tertarik dengan barang yang dijual.
Kaedah pemasaran yang beretika dalam Islam juga menuntut agar menggunakan wanita dalam media cetak dan elektronik sebagai bahan pelaris atau untuk menarik masyarakat membelinya adalah di larang sama sekali. Kaedah ini akan merosakkan jiwa dan akhlak remaja khususnya dan meningkatkan gejala-gejala sosial dalam masyarakat.
Kaedah Fiqh yang berbunyi `Menutup pintu-pintu kerosakkan' haruslah di jadikan panduan.

TIDAK MENGURANGKAN TIMBANGAN

Usahawan muslim harus memastikan bahawa setiap timbangan haruslah dilakukan dengan adil dan tanpa penipuan. Kita haruslah memberikan pengguna hak mereka sejajar dengan harga yang mereka bayar;
`celakalah bagi orang-orang yang suka mengurangi takaran. Iaitu orang-orang yang kalau menerima takaran dari orang lain selalu meminta yang penuh (cukup dan tidak kurang sedikitpun), tetapi kalau menakarkan untuk orang lain, pasti dikurangi. Apakah orang-orang itu tidak mengira (menyakini) bahawa mereka itu pasti akan dibangkitkan dari kuburnya, yakni pada suatu hari yang penuh pancaroba' (surah al-mutaffifin : 1 - 5).

GHARAR(3)

Oleh kerana terlampau ghairah untuk mendapatkan keuntungan maka pembeli sering melakukan `gharar' iaitu dengan mensifatkan barang yang dijual dengan sifat yang berlainan dari yang sebenar.
Allah Telah Berfirman:
`Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah, kecuali dengan perniagaan yang dilakukan suka sama suka diantara kamu (surah an-nisa', ayat 26).

2. Tidak Terlibat Dengan Amalan Riba

Seseorang usahawan muslim seharusnya membebaskan diri dari riba dengan segala daya yang mungkin samada dalam pembiayaan atau pelaburan. Memang tidak dinafikan perkara ini bukanlah mudah dan kita terpaksa membuat pemilihan dari sumber-sumber pembiayaan yang ada berdasarkan kriteria tertentu termasuklah kos yang akan ditanggung.
Di Malaysia sumber-sumber pembiayaan yang bebas dari riba semakin meluas. Usaha perlu dibuat oleh usahawan untuk mengenalpasti sumber-sumber ini dan memanfaatkannya sebaik yang mungkin.
__________________________
(3) Mansor Mahsin, 'Undang-undang Perdagangan Dalam Islam'
Pembiayaan secara Islam adalah dalam bentuk-bentuk berikut:
1. Pembiayaan projek
a. Mudharabah
b. Musyarakah
2. Pembiayaan memperolehi aset
a. Mudharabah
b. Musyarakah
c. Bai'bithaman ajil
d. Ijarah
e. Bai' al-ta'jiri
3. Pembiayaan perdagangan
4. Gadaian atau ar-Rahn
5. Jualan salam

BIMB menyediakan kebanyakkan daripada pembiayaan-pembiayaan ini untuk usahawan Islam dan bukan Islam. Riba adalah amalan yang dikutuk oleh Allah. Ia di haramkan oleh Allah dalam empat peringkat. Peringkat yang terakhir adalah seperti berikut:
`Wahai orang-orang yang beriman! Taqwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa dari riba itu, jikalau benar-benar kamu orang-orang yang beriman . Tetapi jika tidak kamu kerjakan begitu, maka terimalah satu pernyataan perang dari Allah dan rasulnya. Tetapi jika kamu bertaubat, maka bolehlah kamu ambil pokok harta kamu; tidak kamu dianiaya dan tidak pula kamu menganiaya'(surah al-baqarah, ayat 278-279)

3. Tidak Menzalimi Pekerja

Salah satu daripada aspek yang penting dalam keusahawanan ialah menguruskan manusia agar mereka mereka dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti pengeluaran. Untuk mendapatkan komitmen dan rasa bertanggungjawaban serta partisipasi daripada pekerja kita untuk mrncapai matlamat ini bukanlah satu yang payah. Yang penting ialah menjaga hubungan yang baik dengan mereka dan menjaga kebajikan mereka.

Sekiranya kita tidak menjaga kebajikan mereka tetapi kita memaksa mereka memberikan komitmen terhadap kualiti dan produktiviti maka kita menzalimi mereka. Apabila pekerja mereka merasakan mereka dizalimi maka kita akan dapati pekerja mereka yang berpengalaman akan mulai mencari jalan keluar dan berhenti kerja.

Bagaimanakah cara supaya kita tidak menzalimi pekerja kita?
Memberikan gaji yang berpatutan sesuai dengan produktiviti dan keuntungan syarikat. Ia juga seharusnya sesuai dengan kos hidup setempat. Kadar inflasi seharusnya diambil kira dalam membuat perubahan yang sesuai terhadap gaji pekerja.

Membuat sesuatu keputusan dengan mengambil kira pandangan mereka. Pengurusan partisipasi atau participation management adalah pengurusan yang melibatkan keseluruhan pekerja. Sesebuah firma atau kilang yang besar seharusnya memikirkan untuk mewujudkan qcc(quality control circle) atau kumpulan pengawasan kualiti yang melibatkan pandangan semua pekerja. Sebagai seorang pekerja yang diberikan sesuatu tugas yang spesifik sudah tentu mereka berhadapan dengan masalah dan keperluan yang tersendiri. Seseorang usahawan sudah tentu tidak mengetahui setiap perkara yang dilakukan oleh pekerjanya walaupun pernah terlibat dalam kerja tersebut kerana perubahan-perubahan dan suasana-suasana baru.
Mewujudkan suasana kerja yang stabil, harmoni, teratur, bersih dan selamat.
Ini amat perlu agar setiap pekerja merasakan bahawa mereka adalah sebahagian daripada satu pasukan dan tidak timbul perselisihan atau pergaduhan sesama mereka. Ini untuk mengelakkan daripada menurunknya semangat dan morale pekerja untuk bekerja.
keselamatan dalam bekerja adalah amat penting. Ciri-ciri keselamatan haruslah diambil kira walaupun ini bermakna kos pengeluaran akan meningkat.
Memberikan latihan dan pendidikan yang sesuai dengan usaha untuk membangunkan personaliti yang seimbang ditempat dia bekerja dan dirumahnya.

4. Tidak mengeluarkan produk atau menyediakan perkhidmatan yang haram, rendah kualiti atau bertentangan dengan tujuan syari'at.

`wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada dibumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang bagi kamu'(al-baqarah, ayat 168)
`wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik yang telah kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya(al-baqarah, ayat 172)
Sebagaimana yang telah disebut, tujuan syari'at ialah untuk memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Segala perkara yang boleh memelihara aspek-aspek ini disebut sebagai masa'lih. Kalau sebaliknya disebut sebagai mafa'sid dan merosakkan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.

5. Kualiti

Islam sangat menekankan kualiti sebagaimana yang disebut dalam ayat-ayat diatas dan tujuan syari'at.
Dalam ayat yang lain, al-Qur'an sekali lagi menegaskan bahawa yang lebih utama dalam hidup seseorang insan ialah mengutamakan amalan atau pekerjaan yang lebih berkualiti sebagaimana yang tertera dalam surah al-mulk, ayat 2
`dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup, untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu; siapakah diantara kamu yang lebih baik amalnya...'
Produk yang tidak berkualiti boleh menjejas usaha membangunkan masyarakat dari sudut mental, moral, dan kesihatan. Generasi baru akan menghadapi banyak masalah termasuk anak-anak kita nanti.
Kita tidak mahu masyarakat yang berpenyakit dari semua sudut.
Masalah keracunan makanan, penyakit kanser, etc adalah berpunca daripada bahan yang tidak berkualiti.
Tindakan undang-undang akan dihadapkan kepada seseorang usahawan sekiranya ini berlaku dan akan merugikan pihak usahawan sendiri.
Diharamkan arak dan judi
`mereka itu bertanya kepada engkau dari hal arak dan judi. Katakanlah: pada keduanya itu dosa besar dan beberapa manafa'at bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manafa'atnya.'(surah al-baqarah, ayat 219)
Termasuk yang diharamkan ialah menggunakan input-input yang diharamkan seperti diatas dan dibawah ini untuk mengeluarkan sesuatu produk yang halal.(al-ma'idah 1, 3)

6. Pengguna yang Kritikal dan Aktif

Sebagai seorang usahawan kita harus faham bahawa masyarakat pengguna kita bukanlah masyarakat yang pasik tetapi kritikal. Dengan adanya persatuan-persatuan pengguna yang mempunyai matlamat menjaga hak-hak pengguna, kita harus berhati-hati dalam mengeluarkan produk kita bagi mengelakkan kita daripada mengalami kerugian kerana pengguna enggan membeli produk kita.

7. Memenuhi Kontrak Yang Dibuat

Adalah bertentangan dengan prinsip Islam sekiranya seseorang usahawan itu membuat sesuatu yang dikira sebagai melanggar kontrak yang telah dibuat dengan pihak lain.
`Sempurnakanlah janji Allah, bila kamu berjanji dan janganlah kamu rosakkan sumpah kamu sesudah kukuhnya, padahal kamu telah menjadikan Allah jadi jaminan bagimu' (surah an-nahl, ayat 91)
`hai orang-orang yang beriman, tepatilah segala janjimu'(surah al-ma'idah, ayat 1)

8. Tidak melupakan ibadat-ibadat lain dalam keusahawanan.

walaupun Islam menganggap keusahawanan merupakan satu ibadat dalam konteksnya yang luas dan orang yang terlibat akan mendapat balasan yang baik sekiranya seseorang usahawan itu mempunyai niat yang baik dan membuatnya berdasarkan etika Islam namun ini tidak bermakna dia boleh meninggalkan ibadat-ibadat khusus yang diwajibkan. Hendaklah kita tunaikan ibadat-ibadat ini bila tiba waktunya walaupun kita terpaksa meninggalkan apa sahaja kegiatan yang kita sedang lakukan.


(i) Sembahyang
`Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu diseru untuk sembahyang pada hari jum'at, maka hendaklah kamu pergi kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah berjual beli. Itulah yang terlebih baik bagimu, jika kamu mengetahui'(surah al-jumu'ah, ayat 9)
Cari rezeki selepas ditunaikan sembahyang
`maka apabila telah ditunaikan sembahyang, bertebaranlah kamu dimuka bumi dan carilah kurnia Allah dan ingatlah akan Allah sebanyak-banyaknya, mudah-mudahan kamu berjaya'(surah al-jumu'ah, ayat 10)
(ii) Zakat Perniagaan
Adalah menjadi kewajipan bagi seseorang usahawan untuk melaksanakan kewajipan zakat perniagaan. Kajian menunjukkan ramai yang telah mengabaikan kewajipan ini. ia merangkumi segala bentuk perniagaan dan pelaburan yang dihalalkan oleh syari'at Islam, (yang bebas daripada riba dan produk serta perkhidmatan yang halal)
`Dirikanlah sembahyang dan bayarkanlah zakat, dan apa-apa yang kamu usahakan diantara kebaikan untuk dirimu(surah al-baqarah: ayat 110)
`Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah sebahagian rezki yang kami anugerahkan kepadamu, sebelum tiba hari yang tak ada jual beli pada hari itu, tak ada persahabatan dan tak ada pertolongan'(surah al-baqarah, ayat 254)

9. Kontrak Yang Jelas Dan Sah

Kontrak yang tidak jelas boleh menimbulkan ketidakadilan kepada satu pihak. Ini akan mengakibatkan permusuhan diantara pihak yang terlibat. Oleh kerana Islam mahu melahirkan masyarakat yang stabil ia menekankan agar sesuatu kontrak itu dibuat dengan syarat dan rukun yang jelas.
Sesuatu kontrak itu sah sekiranya ia memenuhi perkara-perkara berikut:
a. Sempurna rukun dan syarat
b. Tidak mengandungi perkara yang ditegah oleh syarak
Rukun secara umumnya:
a. Penjual
b. Pembeli
c. Barang yang dijual
d. Harga
Syarat (contohnya)
Kedua-dua pihak sempurna akal, cukup umur, pintar. Yang tidak memenuhi syarat ini, bapa atau penjaga boleh menguruskannya.
Orang yang tidak disekat dari menguruskan muamalat termasuk orang yang muflis.
Tidak dipaksa oleh mana-mana pihak.
Jelas isi kandungan kontrak agar tidak menimbulkan keraguan dan pertelingkahan.
Syarat-syarat lain boleh ditambah asalkan tidak bertentangan dengan syarak.

10. Segala Bentuk Perjudiaan di Larang

segala bentuk keusahawanan haruslah bebas daripada unsur perjudian.
`hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi berhala dan bertenung, adalah pekerjaan keji dari perbuatan syaitan'(surah al-ma'idah, ayat 90)

11. Harga yang Adil

Peniaga dan usahawan haruslah menetapkan harga yang adil dan berpatutan terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan untuk pembeli.
Harga haruslah mencerminkan interaksi normal antara permintaan dan penawaran. Ia tidak disebabkan oleh sesuatu yang diwujudkan dengan sengaja seperti keadaan monopoli atau beberapa pengusaha atau pembeli yang bergabung untuk meningkatkan harga, atau disebabkan oleh spekulasi.
Harga yang tidak adil akan menyebabkan golongan yang tidak berkemampuan tidak dapat memiliki barangan keperluan mereka. Ia juga akan menyebabkan inflasi dan memberikan kesan terhadap daya saingan barangan tempatan.
Menaikkan harga tanpa sebab yang manasabah semata-mata mahu menambahkan keuntungan akan memberi kesan negatif terhadap jualan barangan jangka panjang.
Usaha perlu dibuat oleh pengusaha muslim untuk membantu kerajaan menstabilkan harga. Ini akan mebantu menarik pelabur luar melabur Di Malaysia.

BAGAIMANA MELAKSANAKAN ETIKA PERNIAGAAN?

Masalah sekarang ialah masalah perlaksanaan. Ada tiga cara untuk memastikan perlaksanaan.
Peniaga atau pengusaha
Pengguna atau pembeli
Peranan kerajaan

Peniaga atau pengusaha harus mempunyai ilmu pengetahuan mengenai etika perniagaan Islam dan ini menuntut agar mereka sentiasa membaca dan memahami apa yang di gariskan oleh syariat Islam
Mereka harus yakin bahawa mereka akan di hadapkan kepada Allah swt di hari akhirat nanti dan akan timbul perasaan takut untuk melanggar perintah Allah swt. Oleh itu mereka harus melaksanakan dan mengamalkan apa yang di tentukan oleh Islam. Tanpa keyakinan ini, kita akan lihat berlakunya aktiviti-aktiviti perniagaan yang bertentangan dengan syariat Islam dan peniaga-peniaga dan pengusaha akan mencari kaedah yang terbaik untuk mengelakkan diri daripada melaksanakan etika dan prinsip perniagaan Islam terutamanya apabila ia melibatkan kos, tenaga dan masa
Pengguna harus memahami etika perniagaan Islam dan memastikan agar peniaga dan pengusaha mengamalkannya. Mereka harus bertindak secara aktif dalam mempertahankan hak-hak mereka sebagai pengguna dan memberikan maklumat kepada agensi-agensi kerajaan dan swasta yang terlibat dalam memantau perlaksanaan etika perniagaan sekiranya terdapat penyelewengan-penyelewengan.
Peranan kerajaan adalah seperti berikut:
- menyediakan garis panduan yang jelas den lengkap mengenai etika perniagaan untuk di edarkan kepada peniaga dan pengusaha-pengusaha
- memastikan bahawa pengusaha dan peniaga memahami garis panduan tersebut dan melaksanakannya
- membentuk agensi atau badan untuk memantau perlaksanaan garis panduan tersebut dengan adil dan saksama tanpa sebarang unsur diskriminasi
- menyediakan ruang bagi orang ramai untuk menyuarakan bantahan dan memberikan maklumat sekiranya terdapat penyelewengan.

KESIMPULAN

Diharapkan kegiatan keusahawanan bermula dari niat kita,falsafah, matlamat, hubungan dengan pihak pekerja,pengeluaran,pembiayaan,perancangan dan pengawalan, pengiklanan dan sebagainya adalah berasaskan Islam. Ini sesuai dengan ayat al-Qur'an:
`Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya) kecualli dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka diantara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu' (surah an-nisa' ayat 29)
`Wahai orang-orang yang beriman masuklah dalam Islam keseluruhannya'
Sesunggunya kita semua akhirnya akan bertanggungjawab depan Allah SWT di hari Akhirat nant dan akan menerima balasan yang setimpal dengan amal perbuatan kita di dunia ini.
`Maha Suci Allah yang di tanganNya lah segala kerajaan dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Yang menjadikan mati dan hidup supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun' (Surah Al Mulk, 1-2)

WALLAHUA' LAM.

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama